Selasa, 13 Ogos 2013

Kerja



Akhmal dah mula mengeluh. Kawan-kawan yang sebayanya cuma boleh berjumpa bila waktu malam. Siang, kebanyakan mereka pergi bekerja. Akhmal dah jadi macam ayam berak kapur di rumah. 

"Jemulah ayah... Nak cari kerja pun tak tahu macam mana..." ujarnya semalam.

"Pergilah tanya kat kedai pam minyak ke, kedai makan ke macam kerja kat kedai nasi Ayam Pokok Durian tu!" jawapku.

"Dulu ayah rasa seronok tengok hang dah kerja elok-elok kat KFC pekan BM tapi tu la... Macam kata opah kat ayah dulu... berak atas pinggan makan sendiri. Elok-elok kerja goreng ayam kat situ; dapat uniform elok-elok; gaji pun ok, hang buat hal.." aku mungungkit cerita lama. 

Memang berbuku rasa ralat di hatiku ini bila terkenang kerenah Akhmal masa itu. Bukan saja dia mencuri kupon KFC malah dalam kes lain dia berani mengelentong SB yang kononnya dia tahu siapa mencuri motor yang hilang malam itu.

"Pegawai Parol kata 19hb ni dia nak bawa Akhmal pi jumpa sorang tokeh perabut. Kedai dia ada 4 kerja kosong. Akhmal tunggu yang tu la..." terang Akhmal.

Aku tak terkata apa. Secara jujurnya aku percaya Akhmal sudah mula merasai bahawa dia perlu bekerja untuk menyara hidup sendiri. Dia pun aku percaya dah mula terasa terpinggir berbanding kawan-kawan  lain yang dah bekerja. Kini dia pun berasakan perlu bekerja..

Aku pun berharap dan berdoa begitu. Kalau dia sudah bekerja, rasanya sebahagian dari perangainya yang bermasalah itu akan hilang dengan sendirinya. Dan hatiku juga akan berasa lega sedikit.

2 ulasan:

hrusli61 berkata...

Sebenarnya ini satu perkembangan yang positif. Ada perasaan ingin bekerja dan sedikit berdikari. Galakan dan bantu mana yang kekurangan.

Doa untuk mereka jangan putus-putus. Juga doakan untuk kita juga.

insan marhaen berkata...

hrusli61,

Harap-harap Akhmal akan berubah. Dah tepu keletihan ini walaupun hakikat sebenarnya memang tidak patut ada istilah itu dalam kamus hidup seorang AYAH.

TK atas nasihat ini...