Ahad, 4 Ogos 2013

ODP

Hari ini baru dapat jenguk blog. Rindu...

Permohonan Akhmal untuk mendapat parol telah diterima. Julai 25, aku di suruh ke Pejabat Parol di Bangunan Zakat, Bandar Baru Bertam. Leto juga mencari akhirnya memegang pepatah 'malu bertanya sesatlah jalan', aku temui pintu Pejabat Parol.

Setelah tandatangan beberapa dokumen, Akhmal aku bawa balik dengan jaminan;


1. Tidak boleh keluar dari rumah antara 7 malam hingga 7 pagi

2. Tidak boleh berada di luar dari kawasan Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah selama dalam  perintah parol.

Uh, mendengarkan 2 perintah ini sahaja aku sudah dapat merasakan beratnya peraturan ini berbanding lebih baik Akhmal terus berada di dalam. Tahu sangat aku, tempoh 2 bulan hingga pertengahan Oktober baru perintah ini digugurkan, bukanlah satu empoh perjalanan yang mudah.

Angah, bila dapat tahu sahaja Akhmal mendapat kebenaran balik ke rumah dan berpeluanglah berRamadhan dan Syawal bersama keluarga, teruslah dia;

"Ayah, Angah nak ambik laptop ayah tu simpan kat rumah Angah. Nanti ghaib pulak macam laptop ayah yang ayah beli dulu."

Aku tak terkata apa kerana aku tahu dan faham kenapa dan mengapa Angah berbuat begitu. Berbanding Along, Angah ini sedikit tegas dan mengambil berat kebajikan ayah dan ibunya.

Sejak itulah kenapa aku tidak dapat lagi menulis samada blog aku hatta blog TKM1. Setiap kali masuk ke bilik ibu_suri dan memandang meja di mana laptop aku selalunya berada tetapi kini sudah kosong, aku dipilin kerinduan.

Malam ini, ntah bagaimana.. godek-godek desktop lama yang kata Along hard disknya dah rosak dan balik raya nanti baru dia nak repair, tiba-tiba boleh pula connect dengan internet.

Sekarang ini, tentunya yang paling gembira walaupun berstatus ODP adalah Akmal. 2 kali gembira adalah ibu_suri. Namun aku.... kedamaian mengurus hidup berdua sahaja dengan ibu_suri selama ini mulai berkocak....  Apapun, sabar, doa dan pasrah adalah yang terbaik!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

patut lama tak dengar cerita. apa pun, syawal tahun ni mesti lebih bermakna.

insan marhaen berkata...

smbotak,
selalunya pun IM akan cuba jadikan Ramadhan dan Syawal itu adalah hari-hari sebaik dan bermakna...

tkasih kerana selalu sudi jenguk blog IM yang tak sepertinya ini!