Rabu, 21 Ogos 2013

Problem Free



Aku kembali hadir usrah setelah sebulan lebih ditangguh kerana Ramadhan dan Raya. Walaupun boleh dikira jauh juga jarak dari rumah ke lokasi usrah di Surau Taman Pelangi, Juru namun aku berlapang dada untuk selalu pergi. Walaupun kerap juga ibu_suri merungut, aku sabar mendengar dan memujuk untuk boleh pergi. 

Malam ini naqib aku pesan supaya aku memulakannya liqa' sebab dia akan hadir lewat kerana ada kelas Bahasa Arab. Alahai... 

Aku cadang nak keluar awal sebab Viva dah diambil semula oleh Angah. Kancil aku ni tak boleh pandu laju sangat hatta 70 km/jam pun dah terhinggut-hinggut macam orang menari ala Hawai. Sabar ajelah, kan!

Di usia begini aku cuba untuk menjadi seorang yang tenang jiwa dan ringkas cara hidupnya. Aku harap cita-cita aku untuk punyai  financial free menjelang umur 55 akan tercapai.

Malah kalau boleh nak problem free, ameen...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau problem free macam susah sikit kot. sebab kadang2 masalah yang ciput ni la buat hidup macam bermakna, ada warna, dipenuhi komitmen. sakit kepala sikit2 je.

tapi kalau dah menghampiri 60 tahun masih hadapi masalah yang sama sejak dulu, risau la jugak. mintak dipermudahkan, insya Allah...

makchaq berkata...

Rasanya kalau hidup langsung x de masalah pun tak best jugak IM.. Kita jadi nothing to look foward to...hambaq ja hidup....

Financial free insyaAllah la IM, org kerja swasta EPF tak habih makan rasanya.. Dengan syarat pandai manage & umoq tak sampai seratuih taun... He he..

insan marhaen berkata...

smbotak,
Maksud IM begitulah. Mahunya, masaalah yang berat-berat gini mahu settle dah!

makchaq,
EPF tu kata banyak orang boleh tahan 3 bulan jer...