Isnin, 5 Ogos 2013

Putih


Aku ambil keputusan untuk bercuti mulai esok. Rumah ini terlalu banyak yang perlu dikemaskan. Dari hujung dapur ke hujung pintu pagar.

Akhmal aku suruh dia mengecat dinding luar rumah. Bukan sangat kerana mahu rumah aku ini dicat tetapi lebih kepada mau dia mengisikan masa menganggurnya itu dengan sesuatu yang lebih baik dari tidur atau lepak bersama kawan-kawannya yang aku bimbang akan membawa kepada aktiviti tidak sihat. 

Justeru tidak mahu fikir susah-susah warna apa yang cantik, aku pilih warna putih saja. Bila Angah dapat tahu, dia seperti memerli;

"Apalah ayah... warna putih je.."

Sebenarnya dimasa memikirkan warna cat apa yang elok dipilih aku teringat pada satu masjid yang pernah aku singgah bersembahyang semasa bawa ibu_suri jalan-jalan di Trengganu. Aku harap ini bukan tanda-tanda aku akan dipanggil Allah seperti mana yang diceritakan oleh waris mangsa kemalangan seisi kereta bebaru ini bahawa sikap anaknya yang memakai serba putih untuk ke masjid agak menghairankan ibubapanya.

Nak balik berHari Raya di kampung adalah satu keputusan yang bermasaalah untuk difikir. Permohonan aku untuk mendapatkan pelepasan parol Akhmal tidak berjaya kerana tempoh permohonan yang aku buat dah suntuk. Akhmal tidak boleh keluar selain kawasan SPT dan SPU sahaja. Malam pula dia kena berada di rumah dari 7 hingga ke 7 esok paginya. Takkan aku nak tinggalkan saja dia berseorangan di rumah sementara aku berseronok ke Ipoh menjenguk mak dan ke Tapah menjenguk mertua?

Hampir setiap kali ibu_suri akan merengek bertanya macam mana nak buat. Jawapan aku cuma.. nantilah bincang dengan Angah sedangkan sebenarnya otak aku sendiripun buntu.

Apa-apa pun, perancangan aku... esok kemas rumah. Lusa ibu_suri mau sangat aku buatkan rendang ayam; menu Raya hampir setiap tahun kami. Tak tahulah apa rasanya rendang ayam aku tu kelak. Aku bukan reti memasak sangat. Hentam keromo saja.

Sesekali bila mendengar ceramah di radio tatkala memandu, aku seperti dikenen-kenen oleh ustaz yang menyarankan supaya di malam-malam terakhir yang penuh maghfirah ini kita sepatutnya kurangkan hal-hal dunia dan lebihkan qiamullail di masjid. Allahu Akbar...!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rendang ayam? saya ada dua kawan lelaki yang pakar memasak, sorang dah berniaga kedai makan. orang lelaki ni kalau memasak rasanya memang lain macam dia punya feel. entahlah, gaya tangan lelaki memasak lain kot dengan perempuan.

selamat hari raya, untuk tuan dan keluarga...

insan marhaen berkata...

orang perak memang sinonim dengan rendang. walaupun IM tak berapa pandai memasak tapi awas-awasnya tu IM tahu la.

anak sulong IM memang pandai memasak. tapi sejak dia dah dewasa ni, nampak sikit culasnya bila di minta memasak. kebolehannya memang diwarisi dari ibu_suri.

ANIM berkata...

IM, ala, google je. bersepah resipi di internte. ikut je sebiji2...hahaa...

semoga dipermudahkan segala...

p/s selamat hari raya, minal ainil wal faizin


faizah berkata...

Kalau ikut resepi di internet.. jgn pulak derhaka resepi. hehe.. Susah jgk rasanya kalau tak adjust sana sini...

Selamat hari raya, IM, ibu suri dan anak-anak... salah dan silap dalam tutur kata, saya pohon kemaafan.

insan marhaen berkata...

anim,
ibu_suri beria minta IM contact mak IM bertanyakan resipi tapi IM kata tak payahlah susahkan orang tua tu. IM check kat internet je. cumanya, rasa itu mungkin tak sama macam yang penulis buatkan. maklumlah, yang dikatakan airtangan itu ... tak sama.

faizah,
ikut resipi plus pengalaman lalu. nanti IM nak beli lemang kat Tikam Batu untuk cicah sama rendang nanti. lemang kat situ memang selalu IM beli dan hampir 100% sedap!