Usai riadah di Tasik Mengkuang, aku bawa ibu_suri sarapan pagi di Restoran Santapan Utara, Seberang Jaya. Suka makan di sini sebab ada banyak variasi makanan.
Seperti biasa ibu_suri lebih suka makan nasi berlauk sementara aku ambil karipap dan mencuba Akok serta pulut Bangkok. Sudah pasti, pasangannya... secawan kopi Mahkota Dewa.
Sejuk rasa hati memerhati ibu_suri makan dengan sempurna. Aku tahu itu bermakna kondisi emosi dan dirinya... ok. Selalu ingat akan hadis ini dan berharap aku adalah diantaranya;
'Orang mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang mempunyai akhlak mulia, orang-orang yang terpilih antara kamu ialah mereka yang baik pergaulan serta hubungannya dengan isteri-isteri mereka.'
(HR: At Tirmidzi)
3 ulasan:
Ibu Suri nampak sihat dan ceria....syukur Alhamdulillah.
Kalau nampak dari fotonya tak kelihatan seperti wajah orang sakit. Baguslah begitu. Selagi masih ada dorongan selera makan, seseorang itu pasti akan sentiasa sihat, insyallah...
NzA,
Pada dasarnya sihat. Namun perlu makan ubat hipertensi, diabetes dan mood dis-order 2 kali sehari.
Jay Ar,
Lihat fizikal memang tampak sihat. Bila berbual dengan dia baru akan tahu.... ada yang kurang!
Apa pun, syukurlah setakat apa yang diberi olehNya!
Catat Ulasan