Seperti biasa, masuk saja ofis aku akan ambil rough paper . Tulis apa yang aku perlu buat untuk hari ini. Setiap kali siap, aku akan gariskan tugasan itu tanda dah selesai dan berpindah pada task yang lain.
Biasanya bila pagi, sementara menunggu suhu dalam bilik stabil sekitar 25°C ±5°C, aku membaca emel. Kekadang ada emel dari bos, dari customer dan kekadang ci-cat dari kawan-kawan yang hari ini isunya banyak di sekitar kenaikan 20 sen harga petrol RON 95.
Tapi hari ini juga aku seperti tenggelam punca dalam menyelesaikan tugasan yang dah tersenarai itu. Aku lemas dalam kesibukan yang di luar jadual. Customer aku keluar masuk dengan berbagai fe'el dan permintaan. Talipon pula tak henti-henti berdering. Macam tak mahu aku duduk senang walau 5 minit.
Petang, aku ada meeting pasal NCR yang aku terima 2 minggu lepas semasa SIRIM odit. Tambah serabut kepala otak aku ni.
Akhirnya aku ambil keputusan ajak kawan aku turun minum petang di kafetaria. Ketawa-ketawa dengan kawan sekejap muga ianya dapat menutralkan emosiku.
Bila dah jam 5.30 petang; bila semua staf dah balik, aku kembali ke ofis. Biasanya bila begini, suasana agak tenang. Aku selesaikan tugasan yang ada di meja. Hantar emel dan dokumen pada bos.
Memang terlalu banyak kerja-kerja yang terbengkalai dalam sehari dua ini. Nampaknya aku kena datang kerja samada Sabtu atau Ahad ini. Jika tidak, TAT ( turn-around-time) aku akan melebihi target setting. Geraf KPI (Key-performance-Index) dalam laporan bulanan aku pada bos mesti tak cantik punya.
Bila keluar dari bangunan Renesas, rupanya hujan sedang mencurah. Aku degilkan hati lalu redah hujan ke kereta. Basah baju sambil memandu. Sabar membontoti jem.
Sesampai di Jambatan Pulau Pinang, Akhmal menalipon... Ayah, lambat lagi balik ke? Ibu kata, ibu lapar. Akhmal pun lapar. Ayah beli nasi ayam kat kedai Pokok Durian tu, ya!
Hurmm... Esok aku cuti. Perlu bawa ibu_suri pergi buat rutin checkup di Klinik Kubang Semang. Check untuk hipertensi dan diabetisnya. Kalau sempat nak ziarah mertua di belah Penang sana!
'Klip video ini khusus untuk pembaca entri ini saja.
Ia diambil pada Ogos 2008, tahun dimana ibu_suri
disahkan menghidap sindrom kemurungan.'
5 ulasan:
1. tanggungjawab di pejabat kena lunaskan juga IM
2. balik pun ada lagi tugasan. Akhmal tak pandai masak ye - kesian
3. Ibu_suri pun ada diabetic juga kisahnya kakak ingat just hypertension aje.. kesiannya..
dapat dibayangkan kalutnya keadaan jika IM sendiri tak sihat..
doa saya supaya IM kuat hadapi semuanya..sayu tengok video clip itu
Selalu rasa bersyukur kpd Allah kerana tidak ditimpakan ujian sehebat sesetengah org lain...Kpd IM apa lagi yg nak diucap selain dari bersabar dan tabah menghadapi segala ujianNya...
Nasi Ayam Pokok Durian tu memang sedap kan IM.
Pasti ada ganjaran untuk IM di atas segala kesabaran :)
Catat Ulasan