Isnin, 16 September 2013

Cukuplah Dengan Doa

Berulangkali ibu_suri bertanya - kenapa tidak mahu balik kampung seperti yang dirancang sebelum ini?

"Kalau abang nak balik tapi I tak mau, abang merungut. Tapi bila I nak balik, abang pulak tak mau. Habis.... nak salah sapa?"

Aku diam saja. Tak perlu malah tak boleh memberitahu bahawa tidak mahu balik bukan sesaja tapi kerana tidak cukup kira-kira.

Cukuplah rasanya dengan aku mengangkat doa ke hadrat Tuhan muga proses kimoterapi yang akan dijalani oleh adikku di Hospital Tuanku Bainun, Ipoh akan menghasilkan sesuatu yang positif. Malam nanti insyaAllah, aku akan menghantar satu sms untuk itu.

Niza bersama suami dan anak-anak - 2008

Aku pun tak tahu malah tak pernah lihat sendiri apa dan bagaimana kimoterapi itu dijalankan. Tapi ketumbuhan (yang tidak sampai hati untuk aku sebut sebagai kanser bilamana berbual dengan adikku Niza maupun ibu-suri) adalah penemuan kali ke 2 malah kini bukan setakat di usus tetapi juga hati, khabarnya...

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

7 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Semoga Niza diberikan kesembuhan oleh Yang Maha Kuasa. ..

fairus berkata...

EMAK SEDARA SAYA PUN SEDANG MENANGGUNG KANSER PAYUDARA STAGE 4.. BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKULNYA..

mama maman aka yana berkata...

Semoga adik IM tabah dan sembuh nnt.. insyaallah

Cik Wawa berkata...

assalamualaikum IM. Baru berkesempatan singgah di sini. Allah uji seseorang hamba itu kerana Dia sayang akan hamba-Nya. Kta kena kuat mnanggung ujian hidup ini. Moga IM skeluarga dkurniakan kebaikan d sisi Allah s.w.t. Tabahlah IM...

Kamsiah yusoff berkata...

berat kita yg melihatnya..berat lagi tuan punya badan menanggungnya..hanya doa dan harapan dikirim.semoga segalanya dipermudahkan..

JR berkata...

Kalau boleh saya tak suka bercerita tentang kanser kerana ayah meninggal kerana kanser prostat, tahun lepas pula ipar yg baru berusia 30an juga meninggal kerana kanser paru-paru..Jika Allah ingin menurunkan ujian ini, semoga kita dapat mengesan kedatangan penyakit bahaya itu di peringkat awal agar mudah mengubatinya....

ANIM berkata...

sedih juga tengok anak2 niza..pasti semua sedang bersekolah. mudah2an disembuhkan penyakit niza. ayah saya mengidap kanser darah dri 2000. alhamdulillah..sihat hingga sekarang. selain berjumpa doktor, doa itu senjata orang mukmin