Sabtu, 21 September 2013

Dialah Yang Terbaik.... Saat Ini!


Tidur awal tadi malam. Ajak ibu_suri pi jalan-jalan, dia tak mahu. Dah seminggu gitu. Lebih suka memerap di bilik dengan pendinginhawa. Tak heranlah kalau bil letrik saja mencecah RM150 sebulan. 

"You asyik duduk dalam bilik, tak elok untuk badan. Kulit tapak kaki you tu pecah-pecah sebab aircond tu sedut air dari kulit badan sampai ianya kering." tegurku merujuk pada keluhnya yang saban hari dek sakit kaki bila berjalan.

Semalam juga 4~5 kali dia berulang alik ke tandas hingga ada yang tak sempat lalu bertaburan di lantai. Ntah dimana silapnya makanan semalam. Aku menggenggam sabar dengan kemas dalam membersihkan 'diri'nya dan lantai. Sesambil itu aku teringat jikamana aku pula ditakdirkan Tuhan menjadi seperti dia, esok atau lusa... siapalah agaknya yang akan mampu menjaga aku seperti aku menjaga dia, hari ini? Isteriku, kaulah yang terbaik, kurnian Tuhan buatku.... saat ini!

p/s:
Aku nak bersiap pi riadah di Tasik Mengkuang. Sambil keluarkan peluh dan sedut udara segar, tenangkan jiwa dan muhasabah diri....JOM!....

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Seminggu sekali (at least) dapat beriadah kat tasik, memang terlepas semua tekanan. Biar pun cuma sementara.

Tanpa Nama berkata...

Dugaan dugaan ini bila ditangani dengan sabar itulah denai denai ke syurga. Muga Pak IM dan ibu suri tabah melaluinya.

Tanpa Nama berkata...

Tabik spring sy kat I'M...tharu pun ada atas kesabaran I'm mjaga isteri..moga pgorbanan I'M dbalas dgn jannahNya..amin