Halaman

Khamis, 12 September 2013

Hidup Ini Sebuah Pementasan

Kerja ofis memang menekan. Namun setiap pelanggan yang datang tetap aku layan dengan baik walaupun kekadang nak ke bilik air pun tak dan. Apatah lagi nak dapatkan masa tenang untuk berfikir...

Hujan lebat di luar. Sejuk pendinginhawa menikam hingga ke tulang. Aku tak ada jeket untuk dipakai. Sabar sajalah wallau sesekali terasa sengal di sendi jari dan lengan.

Aku teringat ibu_suri yang bersaorangan di rumah. Kasihan dia... bersaorangan dalam suasana langit suram dan basah sejak beberapa hari ini. Selalunya bila hujan lebat sangat akan ada bumbung rumah yang bocor sana-sini.

Tak sabar nak tunggu cuti hujung minggu ini - ada 3 hari. Aku nak habiskan masa dengan riadah pagi di Tasik Mengkuang dan kemas rumah. Mungkin juga akan datang sekejap ke ofis ini untuk selesaikan sebahagain dari kerja-kerja terbengkalai. Kalau tak buat gitu, akan semakin bertapoklah bebanan kerja.

Cadangan untuk balik ziarah adik yang akan menjalani kimoterapi kanser usus pada 17hb ini nampaknya terpaksa aku batalkan. Tak cukup budget. Along awal-awal lagi dah bagi signal. Dia juga kesempitan. Kena repair motor yang mengalami kekejangan enjin.

Sabar sahajalah. Hidup di dunia fana' memang begini lumrahnya. Persis sebuah pementasan...

Foto hiasan: Sebuah pementasan dalam program MAMA 
di mana aku adalah Stage Manager.

3 ulasan:

Kakcik berkata...

selagi bernyawa dan mampu, lakonan di pentas kehidupan perlu diteruskan...

❤Kamsiah❤ berkata...

kelaur dari rumah bermakna keluar rm jugak la..

insan marhaen berkata...

kakcik,
ambil dunia untuk akhirat...

kamsiah,
ada juga kalanya keluar rumah untuk dapatlan RM..he..he..