Isnin, 23 September 2013

Terkena

Ahad baru ni, seperti selalunya aku ziarah mertua di Taman Buah Pala, Bukit Gelugor. Rupanya, memang dia tunggu aku datang. Dia nak pergi ke market Batu Lancang untuk beli barang dapur.

Kekadang kesian aku tengok abah mertua aku ni lewat 80 tahun umurnya. Terkengkang-kengkang berjalan kerana sakit kaki tapi tetap dia gagahi juga. Katanya nak beli ikan dan sayur untuk bekal seminggu. Maklumlah, kalau tidak mengharapkan anak-anak yang membawanya ke mana-mana, siapa lagi. 

Memang ramai orang mengenalinya di market. Tak kira Cina atau India, semuanya tertanya-tanya kenapa dah lama tak datang. Aku hanya membontoti dari belakang, memegang bungkusan ikan dan sayur yang dah dibeli. Kekadang membantunya memilih atau bertanyakan harga. 

Mertua aku ni bekas SC zaman orang putih dulu. Kemudian dia kerja kapal di dermaga pelabuhan Pulau Pinang. Kemudiannya baru dia buka syarikat sendiri - Ganu Jaya.

Selesai membeli, kami singgah di astaka tepi Stadium Bandaraya. Mak teringin nak makan capati. Sayangnya, gerai capati tak buka pula hari ini. Kesian juga pada mak yang mungkin terkilan.

Abah dan ibu_suri order ais kacang. Wow... se mangkuk RM4.50... boleh tahan juga harganya. Aku pula mulanya order mi kari tapi diberitahu dah habis. Aku order pula moi sup dan segelas jus karot ais. Sebaik saja pelayan Indon itu menghantar moi sup, aku metepuk dahi...


"Awat bang?...."

"Ini bukan moi sup! Tapi sup nasi,,,"

Ini kali ke-2 aku terkena. kali per-1 di gerai di astaka Masjid Seberang Jaya.

"Pi komplen la. Awat depa buat lagu tu."

Aku mengerling gambar moi sup yang terlekat di cermin meja gerai. Nampak memang cantik elok dan menyelera rupa moi supnya tapi bila datang yang sebenar... astaga...

"Tak payah la. Bukan salah depa. Salah abang tak tengok sample moi sup kat sini. Depa dah jual bertahun-tahun moi yang macam ni..."

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Moi sup? Saya tak tau pasal makanan nama moi sup ni. Teringin jugak nak rasa.

Kamsiah yusoff berkata...

lagi satu,kita oder fresh oren,depa hantar sunquick...

JR berkata...

Ramai yg tak dpt bezakan antara moi nasi dan sup nasi. Hanya mereka yg pernah merasai dan memahami mengetahuinya...

Tanpa Nama berkata...

Siannye diorg..agak hr2 dok sebut bilalah anak menantu nk blk..jd kenalah blk lbh kerap lg ye smtara mereka msh ada..

Tanpa Nama berkata...

Ibu mertua yang baru kehilangan suaminya pun dok komplen, sejak ayah (sominya) meninggal.. tak de sorang pun anak (yang tinggal keliling kampung tu jugak) yg dtg tanya.. apa barang dapur yang dah habis dan nak beli.

Tanpa Nama berkata...

Ibu mertua yang baru kehilangan suaminya pun dok komplen, sejak ayah (sominya) meninggal.. tak de sorang pun anak (yang tinggal keliling kampung tu jugak) yg dtg tanya.. apa barang dapur yang dah habis dan nak beli.