Halaman

Isnin, 28 Oktober 2013

Cuti Rehat 2 Hari

Aku terpaksa menelan hakikat bahawa aku juga sebenarnya menghidap hipertensi sepertimana ibu_suri.

Setelah 4 hari aku berasa pening yang walaupun ringan, aku nekad ambil keputusan untuk berjumpa doktor di Klinik Utama, Bukit Mertajam. Bila mengingatkan laporan kesihatan yang aku ambil bulan lalu ( sini ), aku sikit gementar. Namun aku cuba persiapkan minda bahawa apa juga nasihat doktor kali ini aku akan ikuti. Kesihatan aku lebih utama demi ibu_suri dan anak-anak.

"Saya bagi awak cuti rehat 2 hari. Awak makan ubat ini. Selasa nanti datang jumpa saya lagi. Awak kena puasa juga. Jangan lupa bawa laporan kesihatan itu, ya!" Lembut sahaja alunan suara doktor wanita India ini; membuatkan aku sedikit lega mendengarnya.

Nampaknya, aku perlu lebih gigih menjaga pemakanan, tidur serta senaman. Aku ingin nikmati masa-masa hidup yang masih ada ini sebaiknya.

Esok Angah akan ke Perodua. Muga-muga hasrat aku untuk memiliki kereta baru yang lebih mesra orang tua macam aku ini tercapai. 

Sesekali fikir, kenapalah Tuhan bagi aku 3 anak sahaja. Kalau ramai yang macam Angah dan Along kan best!

3 ulasan:

Kakcik berkata...

Allah tahu apa yang terbaik buat kita...

faizah berkata...

Hipertensi kata doktor, tidak mempunyai simptom2 tertentu. Tu yang disebut sebagai 'silent killer'.

insan marhaen berkata...

Kak Cik,
Kita punya patutnya bersyukur denganapa yang dikurniaiNya..

faizah,
Hipertensi boleh kita periksa secara berkala. Jantung sahaja yang kalau nak diperiksa, kosnya tinggi. Lemah jantung adalah silent killer!