Halaman

Khamis, 17 Oktober 2013

Terlepas Dari Tidur Di Wad

"Macam mana ni? Tekanan darah awak tinggi sangat." ujar doktor Azlina tatkala membelek kad rawatan berwarna hijau. 

Kemudian menggulung kaf (maaf, tak tahu spelling yang betul) mengelilingi lengan ibu_suri yang menggeleber, Mulutnya kelihatan kumat kamit. Agaknya membaca doa lalu melekapkan bell ke atas nadi. 

"Kena masuk wad ni... 200!!"  Tinggi suara doktor. Geleng kepala, ibu_suri.


































Dr Azlina minta ibu_suri tandatangani kad laporan. Aku tahu, itu tandanya pihak klinik tidak bertanggungjawap jika berlaku sesuatu selepas ini. 

Otak di kepalaku ini ligat memikir apa yang perlu aku perbuat selepas ini. Bimbang... tapi sebaliknya pada  ibu_suri. Tersungging senyum kerana terlepas dari bahana tidur di wad. Sesuatu yang paling dia tidak mahu.

6 ulasan:

Jay Ar berkata...

Kalau saya akan memilih tidur dalam wad dari tidur yg mungkin tak jaga2....

Kalau tekanan darah dah naik sampai 200 ia sangat bahaya kerana serangan stroke boleh terjadi bila2 masa. Harap IM tak berlengah2 ikut nasihat doktor....

❤Kamsiah❤ berkata...

200...tersangat tinggi..takut dia pitam bila2 masa...da masih tak boleh tido ke,sampai tekanan darah naik mcm tu?

smbotak berkata...

betul tu, kalau saya pun akan pilih tinggal di wad untuk sementara. tapi mungkin dia rasa lebih selesa kat rumah, dijaga oleh orang yang dipercayai berbanding staf2 hospital.

ahmad humairi berkata...

Saya pernah mendapat bacaan itu 200/100...memang doktor tension...saya plak relek sahaja....Boleh tumbang ni ...kata doktor....saya direhatkan di katil kecemasan...

Kakzakie berkata...

Maaf kakak kata IM sebenarnya ibu_suri dah manja dgn 'doktor' yg dirumah sebab itu tak mahu di wad. Di rumah penjagaan terlalu rapi dah dapat itu yg dia tak bimbang walau tak duduk wad...

Harap hari ini tekanan darah dah beransur turun...

ANIM berkata...

200?? tinggi tu..memang kena rehat saja macam kat hospital. mungkin "katil wad" dan "doktor" di rumah lebih menyenangkan dirinya..mudah2an tekanan darahnya menurun