Rabu, 2 Oktober 2013

Why Not!


Punya gelisahnya aku bila hingga tengahari, roadtax Kancil ibu_suri masih tak tiba dari Maybank Bagan ke Maybank Bayan Baru. Esok aku perlu berkenderaan sendiri ke tempat kerja sebab JH ada urusan lain. Esok pula ada odit oleh Denso. Aku kena standby.

Akhirnya setelah aku puas menalipon, jam 3.45 petang barulah dikatakan roadtax aku sampai di kaunter Maybank Bayan Baru. Hah... macam mana nak ambil ni? Takkan nak minta tolong JH keluar bawa aku mengambilnya sebab dalam waktu kerja?

Akhirnya aku talipon bos aku, minta izin balik awal. Bila bos kata ok saja, aku bingkas tutup lampu ofis, mengalih penanda open kepada close di pintu dan cepat-cepat keluar. dalam hati berkata;

"Bos aku ni walaupun Cina tapi baik sebenarnya."

Aku ambil keputusan tak mahu menyusah sesiapa. Aku berjalan kaki melawan arus kenderaan menaiki dan kemudiannya menuruni bukit hingga ke Jalan Tengah.

"Ini boleh dikira senaman juga ni," bisik hatiku. Aku teringat bahawa paling baik senaman ialah selama 20 minit sehari. Dan tak salah lagi, dari tempat kerja ke Maybank Bayan Baru, aku mengambil kira-kira 20 minit. Tercungap juga...

"Cepat encik sampai... " tegur staf bank bila saja aku menarik kerusi untuk duduk. Sejuk pendinginhawa seperti berlawan dengan hanagat di badanku. 'Damai' pula rasanya.

Aku teringat kata-kata Angah semalam bila aku beritahu keadaan terkini kesihatanku. Angah sarankan aku supaya berjogging awal pagi sebelum pergi kerja di keliling rumah. Aku pandang remeh idea dia itu.

Tapi hari ini aku tiba-tiba terasa ideanya itu not bad. Mungkin bukanlah jogging awal pagi sebelum pi kerja tapi cadangan untuk membeli Takasima macam blogger WN itu tidaklah perlu jika sebenarnya ada cara lain yang tidak membuatkan aku terkesima seperti senaman sendiri dalam rumah. Selepas solat Maghrib, lari setempat dalam rumah, main skipping (tak pandai) ke, buat senaman silat ke..... Yeah... why not?

5 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kan? :)

Tanpa Nama berkata...

nk senam xpayah tggu nak ada takashima...asal ada 'kakidua' ckuplah kan

JR berkata...

Yg penting nawaitu utk sihat dan sayangkan keluarga yg masih memerlukan kita...Saya hampir setiap hari berjoging 6 km sehari, jika tak dpt petang, pagi2 buta pun joging juga. Bila ia dah jadi rutin, nak tinggal memang sayang. Bulan puasa ketika org lebih banyak berehat, saya teruskan joging cuma km nya berkurang sikit. Kalau hujan sikit2 ketika ramai org yg berjoging lari cari pokok saya masih teruskan, balik rumah terus mandi...apa susah kan??

Kamsiah yusoff berkata...

tak perlu mengeluarkan duit,ke gim atau beli peralatan senaman yg bukan murah harganya tu..berjoging,berjalan kaki adalah senaman paling mujarab...yg penting ada kerajinan dan kesungguhan..
(saya nak habiskan satu round mengkuang dam tu pun tercunggap2..)

Temuk berkata...

Assalam IM, seronok2 nak cakap ongputih dgn IM, "Be happy and stay healthy, always". InsyaAllah.