Khamis, 7 November 2013

Cinta Pertama

Dalam perjalanan balik kerja, aku sempat dengar ruangan ADILA di Radio Klasik. Satu kisah dari pengirim tentang kenangan cinta pertamanya buat aku senyum sendirian.

"Benarlah kata orang, tempat jatuh lagi dikenang," ujarku pada blogger JH yang tekun mengemudi stereng Unsernya. Dalam hatiku menyambung hakikat bahawa walaupun beberapa kali kita jatuh cinta, cinta yang pertama akan tetap diingati.

Tak ketinggalan juga aku. Tapi tak dapat nak kutulis sekarang ini sebab waktu dah lewat. Lagipun suasana sekeliling aku tak meransang aku untuk mengarang semula kenangan lama itu.

Aku mengantuk. Semasa memandu balik dari klinik 1 Malaysia di Perda tadi pun beberapa kali ibu_suri menegur aku yang seperti mahu pejam.

Barang diingat, aku ke klinik1 Malaysia tadi bukan kerana bawa ibu_suri pergi rawatan tapi sebaliknya untuk periksa tahap tekanan darah tinggi aku. Doktor mengarah aku membuat pemeriksaan 2 kali seminggu untuk selama 1 bulan!

3 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

berapa tahap bacaan darah skrg...saya chek kali terakhir..pada paras 130...

JR berkata...

Kalau belum ada, mungkin IM perlu beli satu set alat pengukur darah tinggi dan tekanan nadi. Saya memang dah lama beli. Sekurang2nya kita tau bila tekanan darah kita tak stabil dan mudah utk dapatkan rawatan susulan segera kerana pada usia kita banyak sangat penyakit yang cuba mengurat ....

insan marhaen berkata...

Kamsiah,
130/78

JR,
Memang nak beli tapi bila dapat gaji tak beli-beli..he..he..