Halaman

Selasa, 31 Disember 2013

...?

Malam ini aku benar-benar resah. Perangai anak-anak di campur dengan sikap keanakan ibu_suri buat aku seperti hendak tinggalkan rumah dan pergi jauh-jauh. Mereka seperti tidak memahami apa yang bermain di benakku ini.

Dicampur dengan kos sara hidup yang menekan. Perjalanan pergi balik kerja yang penuh dengan kesesakan kenderaan yang membosankan.

Bunyi cengkerik yang kedengaran sayup-sayup dari luar bilik tempat aku menulis ini buat hatiku jadi sayu. Bunyi itu memberi erti bahawa duniaku sebenarnya masih berwaris.

Aku ingin tidur... seperti selalunya... melupakan sebentar sesak di dada. Dengan harapan esok yang datang mengganti semalam akan menghantar suasana baru untuk memangkinkan aku agar terus melangkah ke hadapan.

2014 semakin di ambang. Sedangkan aku masih seperti aku dulu... yang ketara berubah hanyalah warna rambut dan jarak pandangan....

7 ulasan:

Kakcik berkata...

Mahu atau tidak, kehidupan ini perlu kita teruskan selagi nyawa dikandung badan...

ANIM berkata...

saya sendiri tak lena tidur malam tadi memikirkan anak meskipun masalah kita berbeza..
setiap dari kita mempunyai ujian masing-masing IM..

Mario berkata...

alahai bro IM... baca n3 ni dengan lagu ni...adoi...

Jay Ar berkata...

Saya selalu cuba yakinkan diri tak mau fikir soal esok, kerana esok adalah kerja Tuhan. Tapi bagaimana kita mahu lupakan tentang esok bila berfikir tentang masa depan anak2, masa depan negara yg diurus tadbir dgn cara haru-biru, bagaimana kehidupan anak cucu kita jika hidup berterusan begini???

Serabut!!

AZNI BINTI MAT ISA berkata...

salam im,
Setiap hamba Nya ada ujian masing2. Redha dan sabar.
Teruslah mencari keberkatan hidup. Sungguh Allah menyayangi IM dan mudah2an makam mu di tingkatkan mengikut redha dan sabar IM di dunia yg penuh liku pedih.

insan marhaen berkata...

kakcik,
yeap... IM akan terukan perjalanan ini dengan tabah.

anim,
ujian yang diberi Allah mengikut tahap kemampuan masing...

mario,
lagu yang menyentuh jiwa. 2-3 hari lepas IM terjumpa CDnya 'RELIGI UNGGU' di kedai. insyaAllah, akan beli untuk dengar dalam kereta bila ada budget.

JR,
kerana memikir hari esok dan esoklah IM juga ikut 'mereka' turun ke jalan raya walaupun dimasa yang sama bergelut dengan permasaalahan peribadi.

azni,
kena banyak ibadah dan sabar untuk peroleh maqam yang terbaik dari Allah.

TiranaAduka berkata...

hidup ini memang penuh dgn ujian..