Halaman

Sabtu, 18 Januari 2014

Antara Pelamin Dan Mural

Tadi pagi aku sebenarnya cukup malas nak ke Tasik Mengkuang. Tapi paksakan diri juga demi azam untuk konsisten beriadah. Kesihatan perlu dijaga. Adanya ibu_suri ikut bersama buatkan riadahku hari ini tidaklah sesantai selalu.

Tengahari bergegas pula untuk menghadiri majlis walimah anak TKM1 - Mohd Rashid Hasnon di Tapak Pesta. Jenuh juga memujuk dan menyabarkan ibu_suri yang agak sukar berjalan masuk ke dewan sebab agak jauh dari parkir. 

Bukan kepalang cerianya ibu_suri dapat ketemu rakan-rakan lamanya. Lebih-lebih lagi melihatkan anak-anak TKM1 yang dulunya 'hingusan' namun kini sudah dewasa belaka.

"Seronok dapat jumpa Kak Zah ( isteri TKM1 ). I panggil dia Kak Zah je. Terlupa yang sepatutnya kena panggil dia Datin.... Errr... sapa nama penuh dia? Lupa pulak!"

"Nor Azizah Haron!"

"Haa... Apalah I ni. Itu pun dah lupa..." sambil menepuk-nepuk dahi.

Aku cuma tengok dari jauh saja TKM1 yang sibuk melayan VIP walaupun teringin sangat bersalam dengannya mengucap tahniah. Jauh sekali nak bergambar dengan dia..

Memang selalunya bila pergi kenduri, aku ambil satu pinggan je...
ibu_suri makan dulu dan selebihnya aku habiskan. Begitu lebih mudah!

pelamin kosong kerana mempelai keluar tunaikan solat Zohor

TKM1 bersama ibunya.
Mafla Palestin adalah tema mereka,

mempelai bersama TYT dan isteri.
Selesai itu aku ke rumah mertua di Taman Buah Pala - rutin mingguan menziarahi mereka. Mertua aku beria-ria mengajak aku ke Tanjung ( istilah untuk Bandaraya George Town). Ke kedai cenderahati nak baik pulih hadiah kapal layar yang sedikit rosak.

Menyusuri lorong-lorong di Tanjung aku sempat melihat ramainya pelancong yang datang ntah dari negara mana. Banyak bangunan baru didirikan dan yang punyai nilai sejarah lama dibaikpulih. Inilah kali pertama aku melihat mural yang cukup popular diperkatakan di FB maupun laman sesawang.

Bapa mertua belanja makan di astaka belakang Stadium Bandaraya

Mural yang lokasinya menyedihkan tapi mampu menarik minat pelancung 

Aku rasa puas kerana dapat merai mertuaku. Itupun cukup bulan ini dia minta aku temani dia bergunting rambut di kedai kebiasaanya di Jalan Datuk Keramat; sedangkan kat rumah dia pun bukan tak ada kedai guntung rambut. 

Itulah hati seorang tua yang kita perlu dan kena faham malah menghormatinya. Bukan mustahil kitapun satu hari nanti akan seperti itu juga!

7 ulasan:

Jay Ar berkata...

Wah...pergi kenduri rumah VVIP, makanannya tentu sedap2. Tahniah kpd TKM1 kerana dpt menantu. Tak nampak gambar LGE pun, dia tak hadir ke..?

smbotak berkata...

tahniah untuk beliau! sebenarnya (sejujurnya) ini kali pertama saya tengok pelamin kosong sebab pengantin perfi tunaikan solat. biasanya pengantin terlalu sibuk melayan tetamu atau sesi fotografi. tahniah sekali lagi untuk beliau...

artis sama yang lukis mural kat johor bahru tempohari. jadi kontroversi (viral) sampaikan pihak majlis terpaksa padam mural dia tu. hahahahaa!!! saya pun teringin nak tengok yang kat penang ni. satu dunia kenal...

Nor Azimah berkata...

IM ni suami mithali kan, sabar je melayan ibu suri, Alhamdulillah

insan marhaen berkata...

JR,

LGE ada datang dengan DSAI. Foto kat sini: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=458401717634913&set=pcb.458403037634781&type=1&theater

smbotak,
Alhamdulillah, syukur sebab Allah kurniakan Pulau Pinang dengan TKM1 yang diri dan keluarganya yang mempunyaifikrah Islami.

Nor Azimah,
Mau tidak mau.. kena sabar! Itu janji IM semasa akad dengan Tok Kadi dulu..he..he..

sud@is berkata...

teruja
1.jamuan vvip
2.pengantin keluar solat,syukran
3.menantu yg disenangi bapa mentua
4.makan sepinggan romantik gitu

Murni Alfathunnisa berkata...

salam IM,

Sama cantik sama padan pasangan mempelai. tahniah TKM 1 terima menantu.

TukangKebun berkata...

Oh says baru tahu pasal mural to terima kasih berkongsi banyak maksud gambaran.