Halaman

Khamis, 16 Januari 2014

Ikut Saja...

Minggu ini aku cuma masuk kerja 2 hari. Hari lainnya aku ambil cuti atau diberi cuti. Walaupun kerja banyak tertunggak tapi aku ambil sikap relaks saja. Tak mahu fikir yang susah-susah.

Akhmal, katanya tadi, kena pergi ADK - rutin bulanannya untuk selama 2 tahun. Aku tak pasti sejauhmana perkembangannya semasa melapor diri di sana. Tak mahu cemas-cemas memikirkannya. Kalau ada permasaalahan aku percaya dia akan memberitahu aku. Selagimana tiada maklumbalas dari dia aku kira oklah semuanya tu... Dia bukan budak kecil lagi.

Hari ini aku ikut saja mahunya ibu_suri. Makan apa, kemana nak jenjalan... aku ikut saja.

Malam ini tak ada usrah. Naqib masih di KL. So, malam ini aku free.

Esok, Angah minta aku tanam tali pusat anaknya yang baru gugur semalam. Bersekali dengan rambut anaknya yang dicukur bebaru ini selepas diambil berat timbangannya. 

4 ulasan:

mario berkata...

wah..awal tahun dah cuti2 eh...best tuu

Jay Ar berkata...

Kadang2 perlu ikut saja kehendak mereka yg rapat dengan kita bagi mengelak konflik....

TukangKebun berkata...

Banyak cuti bulan January dapatlah ambil nafas seketika.

insan marhaen berkata...

mario,
Januari ni memang IM terpaksa ambil cuti banyak untuk urus pemeriksaan kesihatan ibu_suri...

JR,
Ya... Untuk mengelak konflik IM perlu banyak sabar, berlapang dada dan menerima seadanya kita.

TukangKebun,
TK kerana singgah n komen.

Tapi bila balik ofis, nafaas jadi semput balik. Timbunan kerja menanti...