Halaman

Khamis, 23 Januari 2014

Esok Ajelah!

Tak sempat salin baju kerja, tergesa-gesa sembahyang maghrib. Kemudian terus bawa Akhmal ke Klinik Gigi Ameen, Seberang Jaya. Tutup jam 9 malam.

"Ini first time dia sakit gigi" ujarku pada doktor sementara Akhmalberbaring di kerusi yang penuh dengan lampu dan cermin.

"Gigi dia tak rosak apa-apa. Saya agak gigi bongsunya nak tumbuh. Itu yang sebabkan dia rasa sakit."

Doktor Ameen hanya bertugas hingga jam 6 petang. Malam adalah doktor Cina. Masih muda. ramah dan baik gayanya. Fasih berbahasa Melayu.

Penerangan doktor itu nampaknya sikit sebanyak seperti melegakan sakit Akhmal. Baru tampak cerah wajahnya. Seharian dia cuma berbaring. Serba tak kena, katanya.

Sampai di rumah, baru 2~3 minit duduk di kerusi, ibu_suri bising pula ajak ke Uptown, Bandar Perda. nak beli pin untuk tudung. 

"Esok ajelah pergi."

"Tak mahu. Malam ni jugak. Esok dah nak pi Ipoh."

Aku tarik nafas panjang. Bangun ambil kunci kereta dan boommm... memegang stereng.

Bukan senang juga aku nak pilih pin untuk tudung yang serasi dengan citarasa ibu_suri. Suruh dia cari sendiri tak mahu. Berhimpit-himpit aku dengan pelanggan lain yang semuanya perempuan. Muda-muda pula tu. 

"Ala... awat you tak beli yang besaq sikit?'

Aku mula la hangin. 'Suruh cari sendiri tak mahu. Bila kita cari, ada je yang tak berkenan.'

Sampai balik rumah jam 12. Berlalu ke bilik mandi, aku jeling ke singki dapur.... pinggan dan cawan penuh tak berbasuh.

Arrghhhh..... esok ajelah!

5 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

tak pernah pulak saya nampak lelaki/suami yg beli brooch..:)

Tanpa Nama berkata...

Suami saya baru minggu lepas belikan brooch untuk saya. Tapi mudah bg dia sebab kedai tu jual brooch sepesen jer...hehe

Jay Ar berkata...

Saya juga kadang2 naik hangin bila tengok pinggan, mangkuk, sudu, garpu penuh atas sinki dapur. Selalunya saya tak tunggu esok utk membasuh, basuh masa tu juga, kerana esok pasti jumlah semakin bertambah dan nampak semakin semak...

BUNDA a.k.a KN berkata...

tak pernah lagi rasanya biarkan pinggan mangkok kotor penuh sinki...

memang tak suka, sakit mata, sakit hati...beres malam tu jugak..

Nor Azimah berkata...

saya ada satu perangai buruk, kalau hari kerja saya akan bereskan dapur or what ever malam tu jugak, tapi kalau esoknya cuti, alamatnya macam IM jugak..esoklah..hi hi