Halaman

Khamis, 23 Januari 2014

Pasrah

Tak tahu bagaimana esok. Walau poket kosong aku perlu pergi mengiringi besanku ke Lahat, Perak lewat majlis akad nikah anaknya. Aku pasrah saja pada Tuhan. Aku percaya, akan adalah mana-mana rezeki dari pintu-pintu yang tak aku ketahui untukku dan ibu_suri.

Tadi juga, aku pergi usrah dengan separuh semangat. Ada ahli baru dalam usrahku. Dia adalah seorang staf yang bekerja di pejabat TKM1. Aku kenal dia melalui FB saja. Tapi tak pasti dia kenal aku sejauhmana. Aku tak cakap banyak. Semasa sesi taaruf pun, aku perkenal diri aku secara asas sahaja.

Akhmal banyak tidur sejak aku balik dari kerja tadi. Kasihan pula nak aku tinggalkan dia seorang diri di rumah. Anak yang sedang sakit gigi seperti dia tentunya perlukan perhatian ayah dan ibunya di sisi walaupun sebenarnya dia sudah dewasa dari segi umur.

Esok juga sepatutnya aku kena hadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat oleh surau tempat kerja. Aku selaku pengerusi surau sepatutnya hadir sama tapi sebaliknya aku bercuti. Tentu kawan-kawan sekerja akan membising. Tapi nak buat macammana. Aku harap mereka yang telah aku berikan tugas akan menjalankan majlis tersebut seperti yang disasar. Ada beberapa operator telah ternampak lembaga di kawasan kerja mereka. Dan lebih serius, mingu lepas seorang pekerja telah kerasukan. Punca dari situlah kemudiannya pihak HR beriya-iya minta aku uruskan satu majlis bacaan Yasin diadakan.

Walau apapun, aku tak mahu beratkan pemikiran dengan sesuatu yang tak tercapai oleh kemampuan. Aku fikir dan buat sekadar apa yang boleh dan ada di depan mata. Selebihnya, aku serah pada Tuhan. 

Harap Allah selamatkan perjalananku ini...

5 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

nak tumbuh geraham bongsu mmg menyakitkan..sampai demam2..

faizah berkata...

IM, on a lighter note .. bila IM sebut 'lembaga' tu terus sy teringat Lembaga Peperiksaan.. Lembaga Hasil Dlm Negeri... :)

Sy doakan IM dan ibu suri dipermudahkan Allah segala urusan.

mario berkata...

semoga dipermudahkan bro...

Jay Ar berkata...

Buang geraham bongsu satu pengalaman yg menyakitkan. Pembedahan 3 jam, 3 hari di hospital dan 3 minggu tak boleh makan makanan keras...(saya pernah ceritakan pengalaman anak dibedah gigi bongsu)

sud@is berkata...

IM semoga selamt dalm perjalanan,
juga buat baca Yasin kes sama kat ofis sy