Halaman

Khamis, 13 Februari 2014

1000 Kali Lebih Berat!

Bagaimanalah agaknya perasaan kalian pabila anak tiba-tiba mengatakan bahawa ayah tak pernah sayang padanya?

Itulah yang ibu_suri beritahu aku semalam tatkala belum pun sempat aku buka pakaian kerja. Walaupun suara ibu-suri biasa-biasa saja nadanya tapi aku tahu hatinya hampa. Aku tahu kerana nadanya yang biasa-biasa itu dikawal oleh bahan perubatan yang dimakannya setiap 2 kali sehari selama 5 tahun itu.

Dan sudah tentu dia menanti pula respon aku yang selalunya mesti bijak menyejukkan emosinya;

"Takpalah... Dia tu kecik lagi. Bukannya tahu sangat apa yang dia cakap. Kita dah buat yang terbaik menjaga dia. Dan insyaAllah, kita akan terus jaga dia. Abang percaya, bila dia besar dan berakal nanti, dia akan tahu dan faham bagaimana sebenarnya kasih sayang kita ini.

Kita memang tak ada wang untuk penuhi setiap materialistik yang dia mahu. Tapi kita ada kepedulian dan ambil berat."

Sebab itulah bila kawan-kawan aku bertanyakan pendapat bagaimana jika mereka mengambil anak angkat; aku akan mengatakan... jangannn.... Bebanannya 1000 kali lebih berat dari menjaga anak sendiri!

7 ulasan:

Kakcik berkata...

Kadangkala memang terasa sangat kecil hati bila anak2 rak menghargai kasih yang diberi. ..

Tanpa Nama berkata...

Bukan anak angkat saja tapi terkadang anak sendiri pun begitu juga. Puas menyayangi sepenuh hati dikatanya kita tak sayang pada meteka. Masa tu rasa nk debik jer!

Tanpa Nama berkata...

Betul. Anggap diorang tu kurang akal lagi..:) Kita di usia diorang pula? Kena tanya mak ayah kita lah.

Nor Azimah berkata...

Bila dah berakal nanti baru mereka sedar bagaimana kasih-sayang kita kepada mereka.

smbotak berkata...

batul tu bang, walau pun ada pendapat (petua) mengatakan kita akan perolehi anak sendiri lepas ambik anak angkat. ini untuk mereka yang dah lama kahwin tapi masih tak dapat anak.

berbeza kalau anak angkat tu adalah dari kalangan saudara terdekat, anak buah contohnya...

BUNDA berkata...

anak2 tak akan faham sehinggalah mereka sendiri menjadi ibu / bapa....

Jay Ar berkata...

Serupa juga...kadang2 anak2 tidak memahami kita sebagai ibu bapa sepertimana kita seusia mereka yang kurang memahami ibu bapa kita.....Nanti anak2 kita juga akan merasai apa yang sekarang kita rasai dan apa yang dulu ibu bapa kita rasai....