Halaman

Isnin, 10 Februari 2014

Malu

2 hari hujung minggu ini aku lansung tak beriadah. Bila Tasik Mengkuang ditutup dari kunjungan orang ramai kerana projek naiktaraf takungan air, aku jadi buntu. Nak daki Bukit Mertajam, jauh dan jalan sibuk. Nak riadah di taman rekreasi tepi Masjid Seberang Jaya, kena lalui tol pula. Pergi dan balik RM3.20. Berat tu...

Aku banyak 'berlengkar' di rumah. Habis kuat pun kemas-kemas rumah yang tak ntah bila akan kekal kemas.

Layan kerenah ibu_suri, Akhmal dan Angah/Ayu di rumah juga semacam satu bebanan di dada. Terasa seperti sampai bilalah aku terpaksa pikul semua tanggungjawap ini sendirian.

Poket juga satu lagi masaalah. Bulan ini aku tewas awal. Belanjawan luar jangka cukup banyak  hingga buat aku terperosok ke sudut dinding. 

Kekadang seperti malu nak meminta dari Tuhan agar membantuku kerana bila aku senang, aku begitu mudah melupakan Dia!


5 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

saya ke tasik mengkuang pada hari terakhir dibuka sblm ditutup keesokannya...entah bila ya siap kerja2 naik taraf tu..

Tanpa Nama berkata...

Kita makhluk Allah yg lemah teruskan berdoa padanya..Antara amaln yg boleh tuan lakukan solat taubat tiap2 hari dn baca istighfar sebanyak mungkin..beribu2 kali pin takpe..insyallah ada jln keluar

Jay Ar berkata...

Walaupun kampung saya di Tasek Gelugor bukannya jauh sangat dengan Tasik Mengkuang tapi sedari dulu tak pernah ke sana lagi. Bila IM selalu bercerita tentang tasik itu sesekali hati menggamit untuk menjenguknya, tapi entah bila...?

sud@is berkata...

Mesti tenang kan Tasik Mengkuang..sbb tu ramai orang kesana selain beriadah dpat mencari ketenangan

insan marhaen berkata...

Kamsiah,
dijangka siap 2 tahun lagi.

Tanpa nama,
Jzzk atas ingatan.

JR,
InsyaAllah, bila selesai projek pembesaran ini IM rasa ianya akan lebih indah dan mendamaikan.

sud@is,
IM antara yang selalu ke sini mencari kedamaian setiap hujung minggu.

Nota:

Aku berpandangan bahawa kerajaan PP perlu perbanyakkan lagi lokasi-lokasi rekreasi yang mudah dicapai oleh orang awam.

Ini juga mungkin salah satu cara menangani masaalah bertambahnya rakyat yang mengalami stress atau tekanan kerja.