Halaman

Sabtu, 1 Februari 2014

Nasib baik

Hari ni ntah kenapa aku betul-betul hot dengan perangai ibu_suri. Mungkin agaknya dek keletihan riadah di Tasik Mengkuang kemudian tolong Angah bersih rumah buat aku jadi cepat hilang sabar.

Keadaan rumah pula yang berselerak buat aku makin lemas. Memang tak ada siapa yang akan mengemas rumah ini melain aku. Ada anak pun semua lelaki, tukang semak lagi ada la...

Along yang ada balik semalam pun asyik dengan komputer saja. Dia dah tak macam dulu - rajin memasak. Ingatkan bila aku beli ikan kemudian perap dengan garam kunyit selepas pesiang*, dia akan tolong goreng. Rupanya..... takkk....

Gaduh sungguh ibu_suri nak ambil juga baju yang ditempah pada Syada di Lorong 21. Nak  pakai untuk pergi kenduri. Hari ini kami ada 3 jemputan kenduri kahwin + 1 kenduri Aqiqah. Kesemuanya ibu_suri nak pergi. Jenuh makanlah kami nanti...

Oleh kerana terlalu tension dengan kerenah ibu_suri, aku lepaskan kepada Along... bla.... bla... bla... Nasib baik Along ada balik. Kalau tak.... bercakap sorang-soranglah aku dalam pancoq*... ha! ha! ha!....

pesiang - buang najis ikan dan bersihkan
pancoq - bilik air

4 ulasan:

smbotak berkata...

Ada tiga kenduri, makan tu control sikit bang.

Jay Ar berkata...

Bukan saja anak lelaki, saya yg ada anak perempuan pun bukan ringan tulang sangat. Akhirnya si-ayah yg budiman inilah juga kena buat semua, hehehehe....

Kakcik berkata...

Kakcik pun ada 4 anak lelaki. Ada yang ringan tulang, ada yang sentiasa kena suruh baru buat...

BUNDA berkata...

Tak kira anak lelaki ke pompuan ke...bukan macam kita dulu2...tak payah nanti suruh....ni tak sekali ketuk sekali berbunyi...