Halaman

Sabtu, 22 Februari 2014

Reverse Psychology

Semasa sujud terakhir Ba'diyah Zohor tadi di masjid, aku berdoa panjang memohon agar Allah berikan aku kekuatan dan ketenangan dalam usaha aku memperbetulkan fasa hidup Akhmal. Mohon agar Allah berikan aku petunjuk dalam idea pendekatan terbaru yang aku terfikir semasa balik dari riadah tadi.

Aku ambil keputusan untuk riadah jalan kaki saja. Lutut kiri aku yang terasa sengal sejak beberapa hari ini seperti memberi signal bahawa aku perlu mengawal berat badan dan cara riadah.

Terasa amat puas beriadah kali ini. Seperti selalu, aku tinggalkan ibu_suri di kereta dengan akhbar tabloid edisi Jumaat. Parkir di sini teduh kerana rendang pokok yang masih kelihatan kehijauan.

"Kunci pintu kereta ni. Jangan bukak kecuali pada orang yang you kenal saja," pesanku. Maklumlah, walaupun tv selalu menguar-uar bahawa Malaysia ini negara yang aman akan tetapi di masa yang sama, macam-macam jenayah pelik berlaku tidak kira siang atau malam; depan mata atau belakang mata.

Aku berjalan kaki 5 pusingan, ikut jam dan lawan jam. Juga satu sesi riadah menggunakan peralatan gym yang ada di situ. Fikirku, kemudahan sebegini perlu diperbanyakkan jika kerajaan berhasrat menggalakkan rakyatnya beriadah.

Jujur aku katakan. Kalau dulu aku selalu mengelak daripada membawa ibu_suri bersamaku tapi ntah kenapa sekarang ini sebaliknya. Lepas riadah kami singgah makan di restoran Santapan Utara atau Anggerik Desa di Bandar Sunway.

Dan, semasa memandu balik ke rumah inilah serebrum aku asyik teringat akan Akhmal yang suka sangat membawa kawan-kawannya masuk ke bilik akhir-akhir ini. Ianya cukup merimaskan aku. Sekonyong-konyong, aku disapa oleh satu idea; kenapa aku tidak cuba pendekatan yang di luar kotak. Guna cara reverse psychology berbanding sebelum ini yang lebih kepada rasa marah, tidak peduli dan banyak diam ( ekspresi spontan aku tanda tak suka )?

Aku singgah beli ayam di pasar basah Penanti. Masak dengan tangan sendiri untuk makanan keluarga lebih baik, fikirku. Walaupun sekadar goreng ayam dan tanak nasi sementara gulai dan sayur aku beli, ianya lebih baik daripada tidak lansung. ( Arghh... ntah kenapa aku tetiba terasa amat rindu akan masakan dari air tangan ibu_suri yang sudah terlalu lama tidak aku rasai... ).

"Akhmal, tolong goreng ayam ni ya. Nanti bila dah siap, ajaklah kawan hang tu makan sama. Makan kat depan tv ni, jangan kat dalam bilik. Nanti bersemut.."

Usai mandi, aku menyarung baju Melayu warna merah bata (maroon), satu-satunya sut yang paling aku suka pakai kerana ia adalah baju Melayu terakhir yang dijahit oleh ibu_suri sebelum dia diserang ahmar.

6 ulasan:

wati berkata...

Elok juga idea Im..lain kali kalu akmal d kwn2 nya da dlm bilik..apa kata Im pun turut serta join depa dlm bilik.bersantai2 sembang di katil.biaq pi la akmal d kwn2 kata Im buang tabiat..haha
Suami saya kalu kwn2 anak laki dtg umah..dia pun sembang dgn depa..bkn takat suai kenai.suami akan selit hal semasa,politik, d tazkirah.agama..haha..

radziah AR berkata...

IM riadah di seb. jaya? khabarnya di situ kena berjaga2. banyak kali dah motor dan kereta di sapa org, seringkali tuan motor letak dompet di bawah tempat ddk, dapat diumpil, kereta pun, digeledah. saya pun selalu mmg tinggalkan dompet dalam dashboard, tapi dah tak berani, kena berjaga2....dan dah lamaaaaaa sy tak riadah....kali akhir nov. huh lamakan...

Tanpa Nama berkata...

Saya suka idea IM tu. Anak anak remaja ni bagus klu kita libatkan mereka juga dlm ktiviti harian. Klu mrk dan kwn kwn ada di rumah ajak skli solat berjemaah pas tu bagi tazkirah pendek. Ajak jgk gi aktiviti surau. Anak anak ini sebenarnya sangat suka dihargai dan gembira jika mereka rasa diperlukan.

sud@is berkata...

hebatnya seni tangan ibu_suri pandai menjahit dan memasak..lengkap kedua seni itu untuk wanita...

shaliza berkata...

bagus idea tu...buntu bila nak mendekati remaja ni...bila kita tak menegur sapa, dia kita tak ambil pusing...sebenarnya kita lebih peduli dari mereka:-)

smbotak berkata...

tersenyum saya tengok satu-satunya butang kat baju melayu tu. macam ada makna pulak...

"the one and only"