Halaman

Ahad, 23 Februari 2014

BRIM

Pagi ni, riadah Ahad di lokasi yang sama. Takdir Tuhan, berjumpa dengan Shaukiah Hanim, sahabat seperjuangan ibu_suri semasa sesama menjadi ko-kaunselor di bawah naungan Jamaah Islah Malasyia, Pulau Pinang.

Kini, Shaukiah Hanim giat mengajar di surau dan masjid sekitar Pulau Pinang. Suami beliau adalah rakan seusrahku di Surau Taman Pelangi.

Apa-apa pun, kita terokai lokasi riadah yang aku kunjungi setiap hujung minggu ini.

Pintu masuk

Trek yang bersih

Antara peralatan gym yang selamat dan  mesra-pengguna

Kiri untuk jogging, kanan untuk riding

Parkir yang luas

Koperat yang berkongsi pembinaan

Teman setia, menemani tanpa rungutan

Baru tahu, cat bike namanya...

Dan lagi, hari ini adalah hari ke 2, pendekatan reverse psychology aku terhadap Akhmal. Bukan mudah  nak ubah mindset, perasaan dan sikap aku ini, rupanya.

Antara yang aku lakukan ialah;

1. Bercakap dengan kawannya yang hendak keluar dari bilik secara baik.
"Kalau nak masuk rumah pak cik, lain kali masuk dari pintu depan, ya! Tak elok masuk dari belakang ni."

2. Aku lebih banyak meminta Akhmal membantu aku walaupun sebenarnya aku boleh buat semuanya dengan sempurna. 
- "Akhmal, tolong goreng ayam ni ya. Ayah nak sapu depan rumah."
- "Akhmal tolong tukar botol air dari dispenser tu ya. Ayah tak larat lah. Berat!"

3. "Malam Rabu ni, Akhmal ada apa-apa tak?"
 "Kenapa?"
 "Nak ajak Akhmal makan... Ikan bakar ke?"
 Diam...

Semasa solat Zohor tadi, aku berdoa lagi. Muga Allah lembutkan hati Akhmal dan berikan dia hidayah.

"Kata nak beli baju. Dah beli?"

"Belum lagi."

"Pi beli cepat. Duit tu bukan boleh bertahan lama. Takat sehari dua je!"

Itupun, jangan-jangan dah habis, ape.. Raya sakan dengan kengkawannya. Tapi, sejuk juga hati aku bila tetiba dia hulurkan 100 malam Sabtu lalu.

"Duit apa ni?"

"Untuk ayah la.."

"Mana kamu dapat?" Bertanya dengan penuh persoalan dan bimbang.

"BRIM. Akhmal check kat bank tadi. Rupanya dapat."

Owhhh... Patutlah ramai orang beratur kat ATM Agro Bank tadi, getus hatiku.

"Ehhh... ibu punya, tak de ke?"

"Ini you punyalah..," sambil menghulur not sekeping itu. Senyum simpul ibu_suri sebenarnya membuatkan malam itu seperti siang cerahnya...

Akhmal terkebil-kebil. Aku harap dia faham.

9 ulasan:

Jay Ar berkata...

Alhamdulillah...anak yang baik, masih teringatkan ayahnya. Semoga Allah permudah dan lembutkan hatinya selalu...

sud@is berkata...

Tektik dn teknik mungkin salah satu serasi dgnnya klau keng caranya

Kakcik berkata...

Mudah2an ada perubahan kepada Akhmal atas usaha yang IM lakukan. InsyaAllah

smbotak berkata...

rasa-rasanya macam menjadi je kan. mungkin lambat laun sisi baik dia yang selama ni tersembunyi akan terlihat jugak. insya Allah...

ANIM berkata...

terserlah juga kelembutan hati akmal akhirnya...

kat sekolah pun sama IM, yang paling nakal tu kalau dia beubah, jadi sebaik2 murid..

cuma kita nak kena bersabar dan berdoa sambil korek2 aikit mana sifat dirinya atau kelebihan dirinya yang nak ditonjolkan. biar dia tahu dia dibanggai oleh keluarganya/guru-gurunya

shaliza berkata...

alhamdulillah...semoga terus istiqamah :-)

❤Kamsiah❤ berkata...

saya pasti 'besarnya' hati IM dgn perubahan yg ditunjukkan Akhmal..

makchaq berkata...

Alhamdulillah... nampak macam pendekatan terbaru IM boleh mengubah Akhmal..
Akhmal tu makchaq rasa sensitif budaknya.. kalu kita berlembut dan selalu tunjuk kita berharap dan perlukan pertolongan dia mesti dia cepat cayaq..

BUNDA a.k.a KN berkata...

Alhamdulillah...lama2 berubah lah tu...