Halaman

Isnin, 24 Februari 2014

Tuan Guru Hj Salleh Musa


Sebelum ini pun, telah beberapa kali aku nyatakan pada ibu_suri bahawa aku kepingin untuk pergi ke kuliah Maghrib malam ini di masjid.

Balik kerja tadi aku, bergegas siapkan makan dan ubat untuk ibu_suri. Kemudian capai tuala untuk mandi dan bersiap. Aku tak mahu sampai lewat. Mahu duduk di dalam, saf paling terdekat.

Aku ada beritahu sahabat baikku JH akan kehadiran Tuan Guru dengan harapan JH juga akan hadir sama nanti. Tapi ntahlah, sebab JH ni sibuk selalu dengan aktiviti silat dan dakwah.

Kalau melihat dari gambar, aku bayangkan Tuan Guru ini besar ragam dan tegas orangnya. Namun bila hampir azan, beliau lalu tak jauh dari simpuhan aku, rupanya kecil saja. Tak jauh beza saiznya seperti TGNA. Tapi, yang dikatakan orang berilmu ini, melihat air mukanya saja terasa senang dan tenang hati ini.

Rupanya Tuan Guru akan mengajar di masjid ini pada setiap hari Isnin, minggu ke 4 setiap bulan. Wah, aku tak mahu lepaskan peluang keemasan ini.

"Kalau nak mengaji kena ada kitab," ujarnya. Satu set dijual dengan harga RM20. Ada kitab Bakuratul Amani, Tafsir Nurul Ihsan 1, buku tulis dan sebatang pen mata bola. Kira berbaloilah membelinya. Tapi mak tuan.... dah lah dalam tulisan jawi, gaya bahasa pulak zaman tok nenek kita dulu.

Terdetik dalam hatiku akan rasa terima kasih pada mak dan abah kerana menghantar aku mengaji masa kecil dulu. Dan terasa berapa beruntungnya aku di zaman sekolah rendah dahulu, pelajaran jawi amat ditekankan hingga aku mampu membaca novel dalam bahasa jawi di khutub khanah sekolah seperti Tenggelamnya Kapal Vanderwick, Di Bawah Lindungan Kaabah malah membaca novel Mengelilingi Dunia dalam 80 hari dan beberapa novel lagi yang aku dah lupa. Kasihan pula pada anak-anakku sekarang. Aku pasti, kalau mereka di tempat aku, alamatnya, depa simpan ajelah kitab tu dalam beg.

Hebatnya kupasan oleh Tuan Guru ini yang begitu mudah difahami dan ikuti. Beliau memulakan kuliah dengan menghuraikan Bismillah itu sahaja hampir 20 minit. Malam ini kami baru habis mengaji 6 baris ayat ( dua kitab ). Inilah baru pertama kali aku benar-benar mengalami sendiri apa yang dikatakan mengaji dengan Tuan Guru. Agaknya, beginilah ulama-ulama dulu mengaji dengan tok-tok guru sebelum mereka menjadi ulama seperti yang di depanku ini.

"Memang best mengaji tadi," terangku pada ibu_suri yang sebenarnya pada awal tadi tidak membenarkan aku pergi kerana mahu aku membawanya berjalan-jalan seperti selalu.

"Abang sempat berjabat dan mencium tangannya," tambahku.

"Kalau you dapat pergi mengaji sama dengan abang, tentu lagi best!"

5 ulasan:

BUNDA a.k.a KN berkata...

memang betul tulisan jawi ni patut diterapkan sama dalam kurikulum disekolah...bukan masa disekolah agama jer...

❤Kamsiah❤ berkata...

masjid kat taman saya ni jugak meriah,2,3 malam lepas ustaz Badrul Amin datang....

Jay Ar berkata...

Tapi saya nampak ejaan jawi sekarang dah ada sedikit modifikasi, berbeza sikit berbanding tulisan jawi dulu. Saya juga lancar membaca jawi, tapi menulis agak kaku sikit, maklumlah jarang2 menulis...

Dulu masa sekolah menengah pernah baca novel Hamka Tenggelamnya Kapal Vander Wick dan Di Bawah Lindungan Kaabah, tapi dalam tulisan rumi...

insan marhaen berkata...

Bunda,
Kekadang IM berangan-angan sendiri. Alangkah indahnya jika tulisan roman sekarang dapat diganti semula kepada tulisan jawi, tulisan bangsa Melayu sebenarnya.

Kamsiah,
IM pun dah lama tak dengar tazkirah/ceramah dari Ust Badrul Amin.Dia seorang anak murid silat gayong juga, khabarnya.

JR,
IM sempat membaca satu billboard si Sg Petani Ahad lepas. Iklan ditulis dalam tulisan jawi. Mudah dibaca dengan kaedah tulisan baru ini.

ANIM berkata...

saya pernah p kuliah tuan guru salleh ni di padang tembusu, sp. mula2 payah nak faham..p dua tiga kali, barulah dapat ikut. dah taraf ulamak tuan guru salleh ni kan? sangat dihormati oleh semua