Halaman

Khamis, 20 Februari 2014

Ngantuk

Cutinya aku hari ini, seperti selalu, bawa ibu_suri ke Klinik Kubang Semang untuk rutin rawatan kesihatan.

""Aii... cergas saja ibu hari ini. Dah kurus ke?" tegur doktor Azlina sebaik saja ibu_suri menguak daun pintu dan duduk di sisi. Ke wajah aku, ibu_suri melemparkan pandangan sambil senyum teruja.

"Hmmm... Berat 124.9, tekanan 160/70... Ada rasa nak pitam ke?" soal doktor lagi yang jelas kurang puas hati dengan catatan di kad berwarna hijau.

Bagi aku bacaan itu dah kira banyak bagusnya berbanding sebelum ini. Aku pun tak pasti bagaimana dalam 2 temujanji ini, tahap BP ibu_suri boleh dikatakan baik berbanding temujanji sebelum ini yang mencecah 200. Ini pun aku kira akan lebih baik jika tidak kerana ibu_suri tidak cukup malah boleh dikatakan tidak tidur lansung selama 2 hari ini. Doktor mengangguk-ngangguk bila aku terangkan situasi itu.

Cepat saja perjumpaan kali ini. Jam 10 dah boleh ambil ubat. 2 bulan lagi akan datang semula ke sini.

"I nak balik. Ngantuk sesangat ni," ujar ibu_suri sebaik masuk ke kereta. Alhamdulillah, bisik hatiku. Selalunya, bila selesai saja ke klinik, ibu_suri mesti ajak aku bawa dia jalan-jalan. Maklumlah, dia tahu, aku ambil cuti penuh.  Selamatlah poket aku yang dah kegurunan ni!

Sambil memandu balik, aku mula menyenarai pendek, apa yang boleh aku buat sementelah ibu_suri tidur yang bermungkinan  berterusan hingga ke malam. Bersih meja komputer, gosok baju, vakum dalaman kereta, bersih porch, bersih dapur, basuh baju dan paling best, dapat berjamaah di masjid dan ...

Tapi, bila balik rumah dan melihat ramai kawan-kawan Akhmal di depan rumah, jiwa jadi semak semula. Tenang dan sabar sahajalah!

4 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

jgn tensen2 sgt...bimbang IM pulak kena darah tinggi..

makchaq berkata...

Alhamdulillah tekanan darah ibu_suri dah ok sikit. Berjaya dak rancangan IM hari ni...

makchaq ni kadang2 rancang nak buat macam2 hari cuti... tapi selalunya tak kesampaian...lebih banyak dok melayan nafisah...

Jay Ar berkata...

Konfius: berat 124.9 tu berat apa...? Tak kan berat badan pula??

Tersilap taip kot...

Bearcat berkata...

IM jangan stress-stress. Lapangkan fikiran, tenangkan hati :)