Halaman

Rabu, 19 Februari 2014

Fitnah

Aku tetiba teransang bila membaca catatan ini di dinding FB aku siang tadi;


Ada juga aku terbaca secara sipi-sipi masa melayari blog politik siang tadi tapi taklah aku ambil kisah sangat sehinggalah malam ini. Mana mai citer ni, bisikku.

Aku yang beberapa hari ini di tempat kerja mahupun di kalangan kawan-kawan seusrah tidak pula mendengar perbualan atau polimik tentang soal ini. Tup! tup! orang dari negeri lain pula yang bercakap dengan andaian Khutbah Jumaat akan diharamkan di Pulau Pinang. Ini membuatkan aku ketawa sinis.

Bagi aku, sejak PR ambil alih pentadbiran negeri, masjid semakin meriah dengan program tazkirah dan ceramah. Kalau dulu, selalu aku dengar surau ini dikunci pintu pagar besarnya dan hanya dibuka bila masuk waktu sahaja, Sembarangan ustaz tidak dibenarkan memberi ceramah. Natijahnya aura masjid kian hambar.

Masih teringat bila kumpulan nasyidku dipanggil untuk membuat persembahan di salah sebuah masjid di Bayan Lepas. Selepas majlis, terdengar kritikan dari sebahagian ajk yang berasa canggung akan adanya program berlagu di dalam masjid. Yang menurut mereka tak pernah dibuat orang sebelum ini.

Bagi aku yang udah 30 tahun bermastautin di sini, berbanding pentadbiran kerajaan sebelum ini; hari ini boleh dilihat banyak program keagamaan di laksanakan daripada program lagha. Contoh terbaik, sambutan Tahun Baru yang menampilkan Sembang Santai UAI di Padang Bandaran Butterworth.

Tak perlu lihat jauh. masjid kat rumah aku ini saja sudah memadai sebagai kayu ukur bagaimana idealisma ajk lama berbanding ajk baru!

Berbalik pada isu Penang Haramkan Khutbah Jumaat. Pada aku, ianya satu fitnah yang berat. Yang memungkin sipemfitnah itu ( jika beragama Islam) lebih jelik sifatnya berbanding individu yang difitnah ini!

10 ulasan:

radziah AR berkata...

setuju! masjid seberang jaya yg dulu boleh bilang ada ceramah, skrg dah berubah. perbezaan lain, dulu penang banyak sampah, skrg dah nampk bersihnya.

❤Kamsiah❤ berkata...

anak ke 2 saya berjaya ke IPT,minta zakat yg diperuntukkan...depa kata hanya dibuka bln 9 ja..pastu kena sediakan resit bayaran zakat...ni karenah negeri kedah...

oleh sbb suami keje kat penang,layak minta zakat kat penang jugak..alhamdulillah..tanpa banyak karenah birokrasi kononnya..tak perlu resit segala bagai..permohonan dibuka sepanjang tahun..
utk ijazah..layak dapat 1k..alhamdulillah..

berurusan dgn negeri yg diperintah bkn islam lebih mudah..

Kakcik berkata...

Ada orang menjadikan fitnah itu sebagai makanan harian mereka. Bila tidak dimakan, dan2 sakit tubuh badan....

Tanpa Nama berkata...

Apa apa pn bersyukurlah. Masih tegak masjid tu kt situ.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah.. ianya tidak benar.

Jay Ar berkata...

Sebagai anak Penang yg selalu juga balik kampung, saya sangat suka dengan perubahan Penang sekarang, nampak lebih Islamik dan masjid lebih meriah ketika diperintah oleh teraju bukan Islam (dulu pun teraju bukan Islam juga!!). Rasanya ada yg cemburu kerana masa mereka perintah tak mampu (tak mau?) buat begitu.

Sekarang timbul satu lagi isu: buang daging babi dalam masjid. Ramai yang kata cara daging babi itu dibuang yang dibungkus rapi seperti datang dari tangan orang Melayu. Entahlah....

sud@is berkata...

dari cerita dikeratan paper tu dah tau dari mana sumbernya...abaikan.

ANIM berkata...

kita ni yg dok utara, in sha Allah..boleh tepis cerita karut marut ni tapi family di johor..susah juga nak dijelaskan

insan marhaen berkata...

radziah ar,
tapi sungainya tetap bagai tidak akan jernih.

kamsiah,
itulah kesannya jika memerintah dengan hati, bukan dengan nafsu.

kakcik,
sifat memfitnah ini kekadang bagai semut hitam berjalan di atas batu hitam di malam yang gelap, juga.

tanpa nama 1,
ya.. masjid masih tertegak dan semakin imarah...

tanpa nama 2,
ya.. alhamdulillah juga kerana rakyat Penang tidak melatah dengan fitnah itu.

JR,
kekadang orang Melayu ( orang Muslim sepatutnya tak bersikap begini ) ini lebih sudu dari kuah.

sud@is,
kita memang boleh abaikan tapi orang yang tak tahu mempercayainya. IM selalu ditanya itu dan ini bila balik berjumpa rakan-rakan bila balik kampung. gambaran mereka tentang Penang ini ialah orang Islam seperti tertindas dan diperlekehkan.

anim,
betul tu ..

sud@is berkata...

Betol yang IM cakap tu...berita mereka open seanterio dunia..
bagaimana mungkin untuk menangkis kalau semua cabang info disekat..

Peranan kita terbatas tapi apapun sampaikan kadar termampu...