Ahad, 27 April 2014

Di Kerusi Batu

Agak lewat aku ke lokasi riadah Seberang Jaya pagi tadi. Cuaca pun muram je. Bila lewat begini orang dah tak ramai. Aku punyai lebih peluang untuk menggunakan alatan gim.

Semasa memasuki pusingan ke 2 berjalan, aku perasan seorang remaja perempuan tidur di kerusi batu. Hati aku terusik. Segera aku teringat akan Akhmal. 


























Aku tak fikir dia ini pengemis. Jauh di hatiku berandaian, gadis ini bergelandangan kerana mempunyai masaalah di rumah. Atau mungkin juga sudah tiada siapa yang mengambil berat tentangnya.


Yup... Aku teringat Akhmal. Dan masa-masa mana dulu-dulu dia pernah tidur di dalam longkang kerana sudah tidak ada tempat lain yang dia boleh tidur sedangkan untuk balik ke rumah dia rasa malu setelah seminggu 'lari' dari rumah. 

Setelah aku rasa cukup riadahku hari ini, aku sempat jeling ke kerusi sebelum menghidupkan enjin Viva. Dia sudah tiada di sana!

5 ulasan:

shaliza berkata...

Semoga pertolongan Allah sampai untuk anak itu...

mokja berkata...

semoga anak itu sentiasa terpelihara.Dijauhi dari segala yang tak ingin kita lihat.Ya Allah permudahkan urusan anak itu.

Cik Wawa berkata...

salam IM lama xmenjengah sini rupanya blog IM dah bertukar wajah..

kesian anak tu... apalah nasib dia... padahal remaja2 seperti inilah yg akn mjd tiang negara pd masa mendatang...`~

JR berkata...

Semoga dia dilindungi dari bahaya dalam sebuah dunia yang dipenuhi manusia-manusia kejam tanpa peri kemanusiaan ini....

BungaTulip berkata...

Salam Pak IM,
Amat terkesan bila melihat situasi sebegini..semoga anak itu akan selamat di mana sahaja langkah kakinya berhenti..