Rabu, 23 April 2014

Perjalanan

Sesekali fikir, tanggungjawap aku di tempat kerja taklah seberat mana sangat. Selagimana semua aturan kerja aku buat sepertimana dijadualkan, sepatutnya aku tak perlu rasa tertekan.

Musim odit oleh SIRIM dah mula terasa getarnya. Bulan depan akan ada Internal Quality Audit (IQA). Lebih kurang dalam bulan puasa, akan ada SIRIM-TS odit. Alamat bagai demam tak kebah lagilah aku nanti. Asalkan jangan semasa kritikal begini, akan datang menimpa pula masalah keluarga yang lain.

Tapi yang bagusnya, bila duduk dalam situsi tertekan begini barulah kerja semua berjalan. Kerja yang susah atau paling malas nak dibuat juga boleh siap akhirnya setelah direngkuh dengan cekal. Masa ini juga doa dan sembahyang aku semakin kerap dan tekun. Agaknya, aku ini jenis hambaNya yang bilamana dalam keadaan susah baru teringat padaNya. Sebaliknya, bila dalam keadaan senang dan selesa, mula culas dan tawar ibadahnya?

Malam ini, ntah kenapa aku tertidur awal. Terjaga bila jam12 tengahmalam, rupanya aku berbantalkan lengan di atas sejadah di ruang tamu. Hatta, ibu_suri pun tidur awal di bilik. Akhmal juga begitu.

Setelah usai Isyak, aku bancuh secawan Alitea. Duduk melayan perasaan hati sendiri. Bukan selalu dapat begini pun, sebenarnya.

Arghhhh.... rupanya, kehidupan yang selama ini begitu mencabar dan mendebarkan, hampir 3/4 perjalanannya telah aku harungi. Kini, tenagaku semakin kurang. Namun masih ada 1/4 perjalanan lagi yang masih ada kerikil dan ombak yang menanti!

2 ulasan:

JR berkata...

Saya juga begitu, selalu merasa sama ada sisa-sisa hidup yg masih berbaki ini dapat digunakan sebaiknya. Kadang-kadang rasa sedih masih banyak impian tak terlaksana. Kerana hidup tidak seindah mimpi....

ANIM berkata...

adakala saya pun terdetik di hati saya,
bila usia makin meningkat, saya makin dibebankan dengan urusan dunia, hingga banyak yang hendak dilakukan tergendala begitu saja,
yang mampu dilakukan hanyalah niatkan apa jua yg kita lakukan sebagai ibadah...