Sabtu, 3 Mei 2014

Kopi O Kaww...

Bila dah cuti, beginilah. Kalau boleh, ibu_suri mau aku bawa dia jalan-jalan dari pagi sampai malam. Jenuh juga aku nak kelepiaq (beralasan). Rumah perlu di kemas juga. Akhmal, perlu dijenguk-jenguk juga.

Lepas saja Maghrib, aku baring atas sejadah. Memang selalunya aku begitu. Meluruskan pinggang, ujarku pada ibu_suri bila dia bertanya kenapa tak mahu baring di katil. Aku pernah terbaca akan salah satu tabiat Professor Di Raja Ungku Aziz yang juga begitu.

Bila baring dalam keadaan badan letih, sekejap aje dah 'ghaib'. Bila jam 10 malam, ibu_suri gerak untuk bawa dia jalan-jalan lagi. Punyalah ketat dan liatnya rasa badan untuk bangun. Pelupuk mata bagai kena gam, tak boleh nak buka.

"Nak ke mana kita ni?" tanyaku sebaik tiba di simpang jalan keluar. Otak aku hampir jadi gurun kerana ketandusan idea.

"Kulim. Kat Abang E Capati." jawapnya.

Kami sesama pesan capati. 2 keping pada aku dah mengenyangkan. Entah kenapa akhir-akhir ini aku tak boleh makan banyak.


























Dan entah kenapa juga, aku sekarang ini lebih suka minum kopi o berbanding teh o.

Sejak aku mula mengawal pemakanan, aku beraleh dari minum teh tarik 3 in 1 kepada teh o. Akan tetapi oleh kerana bancuhan teh o yang selalunya tak sama rasa oleh pekedai (sekejap kelat sekejap terlalu manis) buat aku menukar kepada kopi o.

Hendaknya pula kopi o itu yang betul-betul kaww....

7 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

abang e-capati mmg sedap..kuah karinya tu pekat..

sud@is berkata...

my fvoret capati, tengah malam pun boleh lagi tapi kuahnya kena kaww la...

Tanpa Nama berkata...

2 keping? boleh tahan jugak tu. kalau kopi o, saya lebih suka ais. kalau kopi saja, suka tarik. biar kaw-kaw...

mokja berkata...

tempat jatuh lagi dikenang..Kulim dekat dihati.
Tabik hormat dekat IM kerana dapat melayan ibusuri.Kalau lain lelaki dia suruh balik negeri...ini selalu terjadi.

insan marhaen berkata...

kamsiah,
masa IM pergi semalam dagingnya dah habis. tinggal kuah saja. kuah di penghujung ni lagi pekat...

sud@is,
try kat abang E. memang terangkat!

smbotak,
IM memang jarang minum berais. suka suam-suam.

mokjadeandell,
orang Kulim ee... tuan ada blog ke? awat tak boleh akses...

iBu...gUru berkata...

Assalamualaikum ......

Kakcik Seroja berkata...

Mudah2an nanti dapat rasa keenakan capati di situ....:)