Sabtu, 3 Mei 2014

Lensa Itu

Aku perasan beliau ini ke sana sini asyik ambil gambar. Kawan aku bagitau, dialah Pak Malek - orang lama. Tak sangka pula gambar aku pun di rakam sama. Entah bila masa dia menghala lensa ke arah aku.




Ini adalah kali ke 4 aku ke sini. 3 kali aku datang bersama kawan-kawan atau paling tidak dengan Along. Tapi kali ini aku datang seorang saja. Banyak pengalaman yang aku timba dan rasai sendiri selama bersama di jalan raya. 

Justeru itu aku akan cuma ketawa bila ada rakan-rakan yang berkata begitu dan begini berdasarkan pemerhatian mereka dari zon selesa. Tak perlu buang masa berpatah hujah kerana aku memang tak pandai pun. Aku cuma buat apa yang aku fikir baik dan sekadar terdaya!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada juga mereka yang bijak berhujah tapi kadang2 tak sedar mereka berada di sisi yang betul atau salah. Tak mengapa bagi kita yang takde bakat berhujah asalkan kita yakin dengan apa kita buat, bukan sekadar ikut-ikutan.

JR berkata...

Saya cuma pernah berada di Dataran dalam situasi panas seperti itu ketika kerja di KL dulu, yg terakhir 15 tahun dulu (1998)di celah-celah 100,000 orang-orang yang sedang marah kpd Dr M....

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik pernah 'mengharungi' suasana itu kerana kakcik adalah penghuni KL...