Jumaat, 27 Jun 2014

Masih Demam

Beriya-iya ibu_suri menyuruh aku rujuk semula ke klinik, semalam.

"Abang demam lagi ni.." sambil menyentuh belakang tangannya ke tengkukku.

Aku faham sangatlah akalnya tu. Tapi memang aku rasa sekejap ok, sekejap tak ok, badanku ni. Jadi, aku gagahi juga pergi ke klinik pada jam yang sama aku pergi semalam dengan harapan aku akan berjumpa dengan doktor yang sama. Doktor itu seorang perempuan Cina dan masih muda, Baik orangnya.

"Awak tak demam pun!" ujarnya sambil menekan pengesan suhu badan ke dahiku. 

"Tapi saya rasa tak stabil. Batuk dan sakit kepala."

Hari ini hari Jumaat. Alangkah baiknya kalau cuti begini aku manafaatkan dengan pergi ke rumah mertua untuk membawanya bersama bersembahyang Jumaat di masjid. Tentu sekali dia suka kerana dia terlalu uzur untuk pergi sendiri menaiki motor C90 Hondanya.

Namun sampai masa ini ibu_suri nampaknya masih nyenyak tidur. Dan selalunya aku tak akan ganggu tidurnya sehingga dia bangun sendiri. Aku tahu dia baru saja dapat melelapkan mata setelah sepanjang malam matanya tak boleh pejam.

Sebenarnya kepala aku masih berdenyut dan mata aku terasa stress. Tak tahulah di masjid nanti, aku boleh bertahan atau tidak untuk menunggu waktu masuk, khutbah dan seterusnya berjamaah.

Sat lagi nak pergi beli moi kat astaka depan taman. Tekak ini masih belum boleh terima makanan berlauk seperti yang selalu aku makan. Tose semalam pun aku tak mampu habiskan. 

Payahnya kehidupan ini....huh...!

5 ulasan:

ANIM berkata...

pengalaman saya di mekah..demam sampai tak boleh bangun tapi gagahkan hati juga p tawaf...
miracle...demam terus kebah..
IM, kuatkan hati p solat jumaat..
manalah tahu, demam boleh kebah kerana Allah melihat kekuatan kita melawan sakit..

Kakcik Seroja berkata...

Membaca komen ANIM, kakcik teringat ceramah Ustaz Abdullah Mahmud tadi - slps peperangan Uhud, Rasulullah SAW membawa tentera yang cedera untuk melakukan Umrah. Natijahnya, berjalan kaki dan melakukan tawaf adalah satu proses penyembuhan bila kaki kita bertemu dengan tanah...

Ustaz juga menyarankan agar memijak campuran garam kasar, lada hitam dan kacang hijau sebagai ubat untuk menyembuhkan migrain.

insan marhaen berkata...

ANIM,
Alhamdulillah. IM solat macam biasa di masjid tadi. Pulak, khatibnya jenis baca khutbah tanpa skrip. hilang nagntuk.

Kakcik,
IM agak sebab di tapak kai adalah hujung segala sustem saraf yang selalunya terkumpul banyak kristal-kristal toksid.

Mario berkata...

wah,,,baca komen dpt petua baru... semoga bro im terus sihat...
selamat menyambut Ramadhan

Nor Azimah Ali berkata...

SAlam Ramadhan khas buat IM dan ibu-suri, moga mendapat puasa yang diberkati