Jumaat, 11 Julai 2014

Cuai

Kerana tak tahan dengan ketidakselesaan mulut, aku bergegas ke Klinik Dr Ameen, Seberang Jaya seusai berbuka. 

"Gusi awak ni bengkak teruk!" ujar doktor, seorang yang masih muda. Hatiku tertanya juga, mana Dr Ameen?

Dan lagi, membebel juga doktor itu mengatakan bahawa aku cuai menjaga kesihatan gigi. Agaknya bila dia melihat banyak gigi geraham aku yang dah tiada.

"Saya bagi awak makan antibiotik ini untuk 3 hari dan ubat sapu untuk gusi."

Pertama kali aku dengar ada ubat sapu untuk gusi. Manakan sama dengan ubat sapu di tangan atau kaki?

Terkesan juga di hati akan leteran doktor dan komen dari rakan blogger terhadap catatan aku semalam di sini. Aku singgah di kedai Jimat untuk beli berus gigi baru yang lembut dan mencari ubat gigi yang sesuai dengan masaalah gusi aku ini. Terjumpa jenama Pepsodent yang mengandungi ramuan sirih, limau dan garam. Balik rumah baru perasan, Pepsodent itu tidak ada tanda halal JAKIM melainkan tanda halal sendiri... agaknya!

Keluar dari Jimat, aku ternampak kedai jahit maknya yang selalu aku hantar baju ibu_suri untuk diubahsuai. Aku perasan maknya itu tidak perlu memakai kacamata bila menjahit baju pelanggannya.

Maknya itu tentunya lebih tua dari aku yang sedang menaip catatan ini dengan kacamata. Orang Cina generasi tua memang aku perasan cukup panjang umur mereka dan masih kuat bekerja...

2 ulasan:

ANIM berkata...

kena tanya maknya..apa rahsia dia tu, IM..

mario berkata...

bole ke sapu ubat gusi time puasa...hehe malam jela sapu ek...