Halaman

Rabu, 23 Julai 2014

Lega

Terbangun jam 2.30 pagi bila ibu_suri kejutkan aku sebab pendingin hawa tak berapa sejuk. Memang tak berapa sejuk lewat hembusan angin yang keluar terasa kurang terjahannnya. Dek memikirkan bahawa siang nanti akan lebih ketara ketidakselesaan ibu_suri, aku ambil berus dan mencuci blower pendinginhawa itu.

Aku tertidur semalam selepas berbuka. Tak tahu kenapa, ibu_suri pun tak pula kejutkan aku untuk beli juadah sahur sebagaimana selalunya. Atau mungkin dia cuba kejutkan aku tapi aku tidur mati.

Aku mula fikir nak makan apa sahur nanti. Apa-apapun, aku tanak nasi dulu. Mungkin bangun jam 5 nanti, masak telur dan makan nasi berkuahkan kicap sahaja. Kalau gitu, beras nanti biar lebih sikit airnya supaya kelak nasi agak lembut. Ah... menu yang sihat nampaknya nih. Tapi di hujung-hujung Ramadhan begini kekadang sahur begitu lebih menyelerakan.

Aku dah sign notis perberhentian kerja atau MSS semalam. Terasa lega sebab bila keputusan telah dibuat, Senang untuk bergerak ke langkah seterusnya selepas ini. Yang lebih penting ialah untuk adakan mesyuarat Jawatankuasa Surau supaya perlantikan barisan kepimpinan baru dibentuk.

"Boleh nampak wajah hang ceria saja la ni berbanding tadi pagi," ujar JH. Ha...ha... Begitulah yang dikatakan sahabat baik. Boleh baca apa yang ada di raut muka yang juga menggambarkan apa yang ada di dalam hati.

Aku serahkan kepada Allah akan apa yang bakal berlaku kepada diriku selepas ini. Selepas hampir 32 tahun aku bekerja di RENESAS. Satu tempoh bekerja yang aku kira cukup panjang dan penuh cabaran. Hinggakan generasi baru yang datang berjumpa aku semalam pun terkejut... Wah, IM mula kerja sini... kami belum lahir lagi!

Tapi aku masih terkilan sebab sahabat baikku (dunia dan akhirat) yakni JH masih belum dipanggil untuk temuduga sepertimana aku minggu lepas. Aku harap rezeki dia tetap ada. Samada dia mahu terima seperti aku atau tidak itu adalah keputusan dia.

Masing-masing lebih tahu kondisi diri masing-masing dan keputusan itu sendirilah yang buat...

4 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Kakcik juga akan menamatkan perkhidmatan selepas lebih 32 tahun bekerja... (15/5/1982 - 31/8/2014)

BUNDA a.k.a KN berkata...

Semoga lebih ceria dalam menempuh fasa baharu dalam hidup lepas ni...

insan marhaen berkata...

Kak cik,
Tahun kita bekerja rupanya sama...

Bunda,
Terasa bahu ini ringan dari satu beban walaupun masa depan masih belum tahu bagaimana..

Tanpa Nama berkata...

Untung la..mudah2an ringan seringan nya.
Bab akmal apa kata IM amik sikap berdiam diri.
Usah di jenguk di makamah.usah di amik tahu keputusan makamah..kalu dia htr ke ceruk serenti..biaq dia hidup sendiri.mkn tidor terjaga..hasil kerja dlm serenti ada lah nnti RM nya..
Protes dlm diam.mungkin nmpk keterlaluan..mohon Doa saja muga dia dlm permeliharan Allah..mungkin mesej diam IM buat akhmal gentar dan berubah