Halaman

Rabu, 23 Julai 2014

Balik Raya

Beriya-iya Angah ajak aku berkonvoi balik kampung sehari sebelum raya atau hari melemang kalau ikut istilah orang Perak.

"Tengoklah dulu keputusan mahkamah tentang Akhmal Jumaat ini bagaimana."

Aku minta Angah hadir ke Mahkamah Mejestrit Bukit Mertajam, Jumaat ini sebagai mewakili aku. Aku tak mahu ambil cuti kerana tak mahu mengganggu proses pemberhetian kerjaku (MSS) yang tak lama sangat lagi ini. Lagipun aku perlu sudahkan saki baki kerja terbengkalai menjelang odit SIRIM pada 5~7 hb depan.

"Kalau Akhmal diputuskan untuk di hantar ke Pusat Pemulihan, ayah akan ikut kamu balik tapi jika sebaliknya, ayah perlu berHari Raya di rumah kita. Hati Akhmal juga perlu dijaga. Dia tidak betah berRaya di kampung. Kamu tahu sendirilah, kan!" terangku lagi.

Lagipun, untuk bermalam di rumah mak agak menyusahkan ibu_suri. Katil yang ada di rumah mak tidak berapa sesuai. Ke bilik air juga agak menyulitkan. Biasalah, rumah sendiri walaupun serba kekurangan berbanding rumah orang, ianya tetap pilihan terbaik kita. Kata orang, hujan emas di negeri orang; hujan batu di negeri sendiri, tetap kita memlih negeri sendiri. Sebab itu, sejak ibu_suri mengalami sindrom psikiatrik ini aku selalunya balik hari saja. Malah kekadang boleh dikira jamnya.

Ramai kawan-kawanku berkata...wah, IM bestlah. Dapat beli baju raya baru nanti sebab dapat durian runtuh. Aku hanya menjawap... 

"Pakai mana yang ada. Bab pakaian ni aku memang tak kisah sangat. Apa yang ada dah mencukupi walaupun sedikit lama."

Senang kalau jadi orang macam aku kan... Makan pakai tak berkira sangat! He..he..

7 ulasan:

smbotak berkata...

lumrah. bila dengar kawan2 nak dapat duit, mesti ada yang mengusik seolah2 duit tu boleh buat kita jadi jutawan. cuma kita sendiri je yang mengerti keadaan kewangan tu macamana.

saya ingat sabtu ni nak pergi pasar malam. mungkin sempat lagi beli selipar kegemaran, buat beraya. hehehee...

Kakcik Nur berkata...

Duit....kalaulah ia tidak perlu digunakan sebaik berada di tangan....

faizah berkata...

Alhamdulillah.. mdh2an ianya memberi kelapangan masa dan kewangan buat IM dan ibu suri. Pernah terdengar kata ustaz, rezeki itu mmg telah dijamin oleh Allah; yang tidak dijamin oleh Allah adalah syurga.

faizah berkata...

Masalahnya kerana kurang keyakinan kita, maka kita masih mencongak2 simpanan kita untuk hari tua sehingga dijemput Allah... Mdh2an Allah mengampunkan kita kerana kelemahan kita.

JR berkata...

Saya pun dah tak ingat bila kali terakhir saya beli baju Raya utk diri sendiri. Selalunya saya pakai apa yg ada saja, baju Raya cuma utk anak2....

JR berkata...

Saya pun dah tak ingat bila kali terakhir saya beli baju Raya utk diri sendiri. Selalunya saya pakai apa yg ada saja, baju Raya cuma utk anak2....

makchaq berkata...

Lama tak jenguk IM..
Banyak betui cerita..

Tapi yg paling teruja dapat berenti awai la..
Alhamdulilah Allah maha mengetahui.
InsyaAllah dapat la IM berehat sikit dan boleh tumpukan kat ibu_suri & Akhmal..

Dapat durian runtuh tu eloknya selesaikan hutang2 kecik dulu..
tak payah nak pikiaq bayaq bulan2 dah..

Makchaq doakan yang terbaik untuk IM sekeluarga.

Selamat hari raya, maaf zahir batin