Sabtu, 19 Julai 2014

MSS

Dua hari lalu, Bahagain Sumber Manusia tempat aku bekerja tiba-tiba memanggil. Aku diberi tawaran berhenti kerja atau diistilahkan sebagai MSS (Mutual Service Scheme) berfomula: 1 bulan gaji x tempoh bekerja x 0.5 skim persaraan.

Bukan aku saja tapi khabarnya 60 orang yang berusia 50 ke atas ditawarkan dengan apa yang diistilah oleh sebahagian mereka sebagai sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh syarikat kami sebelum ini. Tidak pernah!

Memang aku tak sangka. Sebaik saja keluar dari bilik A1 dimana aku ditemuduga, aku berdiri termenung sekejap di cermin bangunan menghala ke arah guard house melihat hujan yang kebetulan jatuh lebat. Persisnya aku ini seolah sedang melangkah ke satu perjalanan baru dalam hidup.

Boleh terima dan boleh juga tidak, kata bos aku itu, Mr Gan. Mulai hari itu, hebohlah aku dan kawan-kawan berbincang dan bercerita hingga demam SIRIM odit pada 5~7 Ogos ini seperti tak beri kesan apa-apa.

Apakah ini peluang atau sekadar gangguan? Perlukah aku grab atau lepaskan?

Kata Angah, aku perlu tulis dengan teliti segala kemungkinan di atas kertas. Kata Along pula, inilah masanya untuk ayah duduk dan berfikir tentang masa depan.

Aku tak sangka pula. Selama ini  aku berangan untuk berkerja hingga 2017. Lepas itu akan berhenti dan membuat kerja-kerja amal dan kemasyarakatan. Tiba-tiba gaji hari ini hingga 2017 itu, jatuh gedebuk bak durian runtuh di depan mata. Dan aku tidak perlu lagi datang bekerja; menjadi unnemployed person secara tiba-tiba saja dalam masa yang tiba-tiba juga.

Esok aku bercadang untuk talipon mak, 2 orang adik dan naqib usrah untuk minta pandangan. Dalam masa yang sama, aku terkenang sahabat baikku - JH yang masih belum dipanggil untuk temuduga atau mungkinkah namanya tidak tersenarai? Pilu juga hati ini mengenangkan jika ditakdirkan aku menerima tawaran ini. Aku tidak dapat lagi bersama JH ke tempat kerja seperti hari-hari sebelum ini!

4 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Mungkin inilah jawapan kepada catatan IM yang sebelum ini...

JR berkata...

Tak perlu memaksa diri melakukan sesuatu di luar keupayaan kita. Lakukan yg terbaik mengikut gerak hati yg mungkin pernah terfikir pelbagai kemungkinan...

ANIM berkata...

Allah works in mysterious way, IM..
solat istikharah, mohon petunjuk Allah..
Alhamdulillah..

Bunda_nora berkata...

Tanya hati...dan buat keputusan....