Halaman

Ahad, 6 Julai 2014

Redhalah

Sebenarnya perasaan aku bercampur-campur. Resah, kosong dan sunyi...

Semalam aku seharian di tempat kerja kerana menyudahkan banyak perkara yang terpaksa aku buat akibat mendapat banyak CAR semasa IQA odit bulan 5 lepas. QA grup akan odit aku sekali lagi pada 14hb ini.

Aku juga lemas dengan keadaan rumah aku yang semak dan tak terurus. Tak mampu rasanya untuk aku selenggara dari hujung dapur ke hujung laman seorang aku. Kerja yang tak pernah habis, berulang-ulang setiap minggu walaupun yang tinggal di rumah ini cuma aku, ibu_suri dan Akhmal sahaja.

Ditambah dengan fizikal aku yang agak kurang cergas menambah perlahan di setiap tindakan.

Di masa yang sama aku memikirkan tentang masa depan Akhmal yang berbalam sedangkan dia sendiri aku tengok seperti lansung tidak kisah sebaliknya hanya happy dengan kawan-kawannya. Apa yang perlu aku buat, aku pun tak tahu. Buntu.

Bulan ini aku belum lagi ziarah mak. Patutnya pergi minggu lepas tapi disebabkan aku demam, aku tak dapat nak pergi. 2~3 hari ini aku asyik teringat mak. Aku tahu, mak tentu rindu mahu melihat wajah anak-anaknya di Ramadhan ini terutama aku selaku anak yang paling sulong. Yang paling awal bergelumang dengan susahpayah hidup bersama dia dulu.  Samalah seperti aku yang kalau boleh mahu melihat anak-anakku semua ada di rumah di masa ini.

Satu perkara yang selalu aku tertanya-tanya dalam diri. Yang aku tahu tak sepatutnya aku bertanya kerana ia adalah ujian dari Allah kepada hambaNya. Yang sepatutnya aku ikat dengan keikhlasan dan sabar. Muga akan ada ganjaran pahala dari Allah. Yang aku tahu aku sebenarnya bertuah kerana Allah berikan aku peluang untuk mendapat Syurga jika berjaya menjaga amanah Allah ini...

'Sampai bilalah aku akan menjaga ibu_suri dalam keadaan seperti ini. Letih kerana saban saat aku terpaksa melayani kerenahnya walau dalam sakit, dalam resah dan dalam susah. Aku perlu bangun memandikannya, mengelap badannya, mencarikannya baju yang sesuai pada hari itu, memikirkan apa yang dia perlu makan, bawanya berjalan-jalan walau hingga jauh malam, selalu berikan senyuman, mencium pipinya sebelum tidur, memujuk dengan kata-kata yang baik bila dia dalam kerisauan dan ntah berbagai perkara lagi yang tak ingat untuk aku catatkan...'

Tuhan... pemergian Biduanita Negara kelmarin dan menonto klip video beliau bersama Prof Dr Muhaya di FB tadi buat aku semakin merasakan betapa kerdilnya diri ini dan betapa aku perlu redha atas apa yang ditentukan oleh Mu ke atasku...

Kekadang nak tersenyum juga bila kawan aku semalam tatkala bercerita tentang permasalahan hidup kami memanggil aku dengan gelaran sura-rumah...

Apa-apapun, layan nasyid ini yang aku amat suka dengar rentaknya yang santai...

3 ulasan:

sud@is berkata...

betol lah seperti tajuk tu IM...kita kena redha dengan plan Allah kepada hambanya yang berbeza beza..

Allahhuakbar

❤Kamsiah❤ berkata...

Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.

Kakcik Nur berkata...

Bila kita diuji, tiada lain yang tersebut oleh kita selain Allah...