Halaman

Ahad, 3 Ogos 2014

Alam Baru

Tidak lama sangat lagi. Selangkah demi selangkah hari dan hari ini bergerak meninggalkan peristiwa yang lama dan mendatangi ke peristiwa yang baru. Sekaligus aku perlu menyediakan diri dengan alam baru yang akan aku tempuh - alam tanpa kerja. Kekadang ada seronoknya. Kekadang ada rasa bimbang.

Aku sempat berbual dengan blogger KucingModen semasa makan tengahari di kafetaria tempat kerja tengahari semalam. Aku beritahu dia bahawa apabila aku tersedar yang aku sudah berada di usia ini, terasa terlalu cepat masa berlalu. Seperti tidak percaya bahawa aku telah pun menempuh gerbang pekerjaan ini selama 30 tahun.

Aku juga beritahu dia bahawa kerjabuat Allah yang telah diperuntukkan untuk aku rupanya sejajar dengan kemampuan aku memikulnya.

Aku merasakan bahawa liku-liku kehidupanku ini rupanya sesuai dengan kemampuan aku menanganinya. Allah itu maha mengetahui dan mengasihi hambaNya. Maka diberikannya aku susahpayah dalam hidup agar aku selalu tidak tersasar dari mengingatiNya.

Aku rasa beruntung mendapat isteri seperti ibu_suri yang walaupun sedikit keras tetapi seimbang dengan aku yang agak lembut. Punyai anak yang tidaklah ramai dan lelaki kesemuanya sesuai dengan kemampuan aku menjaga kebajikan meraka. Punyai rakan yang mengambil berat bila susah, dipertemukan dengan jamaah yang memudahkan aku memahami hakikat sebagai seorang daie dan yang paling penting masih diberi peluang untuk terus menghirup udara yang permai bagi melansungkan kehidupan, memperbetulkan landasan dan menyimpan bekalan.

Kini tiba masa untuk aku merubah pemikiranku sejajar dengan alam baru yang akan aku tempuh. Bayangkan, selama 30 tahun aku menjalani separuh dari setiap hariku dengan kerja tetiba masa-masa sibuk itu akan menjadi masa-masa kosong. Masa yang kalau aku tidak ganti dengan aktiviti akan membuat aku akan menjadi cepat sakit dan cepat nampak tua.

Aku tidak tahu apa rasanya alam baru ini. Pahit atau manis atau hambar.... atau menyeramkan!

7 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Kakcik juga sedang memikir-mikirkan 'dunia tanpa kerja' kakcik nanti...

faizah berkata...

Alhamdulillah.. dpt bersara dgn 'pendapatan'. Kalau kerja sendiri kecil-kecilan... tak tau la bila bersaranya... :) Inilah yang sy lihat berkat kesabaran bekerja makan gaji.. dan kekal di satu-satu tempat dalam tempoh yang lama.

NzA berkata...

Selamat menempuhi alam persaraan.
InsyaAllah, Allah mengatur yg terbaik untuk hambaNya.

norh berkata...

Org yang dah biasa keja rasanya agak janggal kalau tak bekerja.. Mungkin im dah ada planning utk masa2 bila tak bekerja nanti kan.. ;)

JR berkata...

Kadang-kadang kita agak gusar dengan sesuatu di masa depan yang kita jangka lebih teruk dari apa yang kita nikmati kini. Sehingga kita berada di masa depan tersebut baru kita tahu betapa beruntungnya kita berada di masa depan itu. Ketika itu baru kita sedar bahawa sepatutnya kita sudah lama berada di sini sejak dulu dan segala yang orang perkatakan tentang masa depan itu tersasar belaka....

Cik Wawa berkata...

bolehlah IM berehat2 dan tidak perlulah memikirkan tentang hal kerja lagi. wawa doakan IM dberi kesihatan n kesejahteraan utk menjaga ibu suri.. moga IM tabah.. :-)

Ros Illiyyuun berkata...

Semoga IM tabah selalu.

IM sudah selalu melalui jalan yang sukar, pasti jalan yang ditempoh kelak mudah bagi IM.

'Inna ma'al usri yusro'