Sabtu, 2 Ogos 2014

Merdeka

Tak tahu nak tulis apa. Cuma ikut gerak hati.

Minggu depan  Selasa akan mula odit SIRIM di tempat kerja. Herannya, aku agak relaks, tak seperti odit di tahun-tahun lepas; rasa nak demam, nak berhenti kerja semuanya ada. Mungkin agaknya sebab dah ada pengganti aku yangmana dia dipertanggungjawapkan untuk menjawap semua soalan auditor kelak.

Atau mungkin juga agaknya sebab aku dah terbahang dengan mood berhenti kerja sebaik saja odit ini selesai 7hb kelak. Umpama satu beban di bahu dah terhumban jauh ke tengah laut.

Tapi sebenarnya, Akhmal masih menjadi satu kemelut yang berlegar dalam dada. Aku perlu berusaha memperelokkan masa depannya. Macam mana... aku kena fikir. Dia sudah menjadi tanggungjawap aku. Allahlah yang merencanakan semua ini.

Along akan balik semula ke Puchong Ahad ini. Rumah aku sunyi semula. Tapi aku memang suka suasana rumah yang sunyi. Senang nak urus ibu_suri.

Aku bercadang, sebaik dapatlah uang pampasan dari perberhentian kerja aku nanti, antara perkara pertama yang nak aku perbuat ialah beli peti ais baru untuk mak. Kesian aku tengok peti ais mak yang ada sekarang. Kotor dan berbau. Tapi pun, sebenarnya bukan mak yang akan menikmati peti ais baru tu sebab mak lumpuh sebelah badan. Ia cuma memudahkan tugas adikku - Duyah yang diamanahkan menjaga mak menyelenggara barang-barang dapur.

Ntahlah, macam tak sabar rasanya nak tungguh 'Hari Merdeka'ku pada 8hb ini. Merdeka dari tekanan kerja tapi belum merdeka sepenuhnya dari permasaalahan hidup masa depan!

3 ulasan:

ANIM berkata...

hari ni 2 hb...tak sampai seminggu lagi IM..
mudah2an semua yang dirancang, berjalan lancar

insan marhaen berkata...

ANIM,

Harap doakan yang terbaik untuk IM dan keluarga ini...

Bunda_nora berkata...

Assalam IM,
perlahan2lah IM...untuk masuk ke fasa baru ni perlu perlahan2 untuk proses menyesuaikan diri..semoga IM bahgia selalu disamping keluarga tercinta...

Salam Aidul Fitri..