Walaupun sebenarnya aku masih kategorikan hari ini adalah hari cuti kerja sebagaimana selalunya sebelum ini, tapi aku juga dalam diam cuba menganggap yang sebenarnya aku dah mula masuk zaman 'pencen awal'. Maksudnya, aku udah tidak lagi bekerja.
Dan aku rasa aku boleh absorb suasana tidak bekerja ini. Aku tidak pula rasa boring malah sibuk yang seperti biasa. Dalam buku organiser warna maroon aku ini aku dah catitkan senarai panjang apa yang aku perlu buat samada untuk diri sendiri, untuk rumah, untuk anak-anak, untuk belanjawan, untuk ibu_suri dan untuk jamaah atau kerja sosial. Untuk jamaah dan sosial mungkin masih belum cukup panjang kerana ianya masih terbatas dengan birokrasi emosi ibu-suri. Namun aku berazam untuk seupaya aku meloloskan diri dengan memujuk beliau agar membenarkan aku terlibat.
Contohnya, program sukan Tadika Amal Rintis 29 dan 30hb ini. Tau macammana aku dapatkan green light dari ibu_suri yang sebelum itu mati-mati mengatakan NO..NO..NO.. bila aku 'minta izin' dari beliau?
Aku semalam pergi solat Maghrib di masjid taman aku ni. Kat masjid ni sejak jawatankuasa baru ambil aleh pentadbirannya dari jawatankuasa lama pada 2008, penuh dengan kuliah.
Tak sangka rupanya ustaz malam semalam ialah Ust Fawwaz. Selama ini aku menonton kuliahnya dalam YouTube.
Ustaz Fawwaz bagi tips untuk dapat pahala mudah dengan buat kerja kecil sahaja. Antara contonya ialah buang kotoran dari dalam dan kawasan masjid. Katanya lagi, paling beruntung ialah sapa-sapa yang jadi Tok Siak. Tok Siak kerjanya ialah memastikan masjid atau surau sentiasa bersih dan tersedia untuk kegunaan makmum.
Tumpang beruntung ialah isteri kepada Tok Siak. Isteri yang selalu mengingatkan suaminya akan tugas sebagai Tok Siak. Yang menggerakkan suaminya bangun awal Subuh dan sediakan makan minum agar suaminya dapat menjalankan tugas dengan baik.
"Abang nak aktif dengan kerja-kerja amal bukannya kerja yang tak baik. Abang harap dengan kerja-kerja amal dengan IKRAM, Aqsa Syarif atau masjid, usia abang selama mana pencen ini tidaklah berlalu dengan sia-sia. You pun nanti dapat pahala sama macam abang dapat kalau you reda dengan apa yang abang buat dan tak bising-bising..."
Tau-tau, bila aku bagitau tadi yang hujung minggu ni aku nak balik kampung tengok mak, ibu_suri peringatkan aku;
"Eh... Bukan ke you kata nak pi tolong buat persiapan untuk sukan tadika?"
1 ulasan:
Ada betulnya, pandai guna kaedah memujuk cara psikologi ni.
Catat Ulasan