Halaman

Ahad, 17 Ogos 2014

Mengira Hujan Yang Turun

Semalam, hadiri program Lawatan JKP IKRAM Pusat di USM. Banyak info dan kupasan isu-isu hangat yang terkini dimaklumkan. Paling best, dapat berjumpa sahabat seperjuangan terutama Radzi - geng nasyid Al Muhajir. Tak ketinggalan Yusni - orang kuat Hidayah Centre Pulau Pinang

Foto ihsan Shazwani Amanullah

Aku berangan untuk apa yang diistilahkan sebagai fulltime dalam dakwah. Dakwah tak semestinya bermakna pergi ceramah atau buat program setiap masa. Memetik ucapan dari YDP IKRAM Pulau Pinang, Ir Jamaluddin bahawa dakwah terbaik ialah mencetus hidayah kepada seseorang.

Hidayah milik Allah. Sedangkan Nabi Nuh tidak dapat mengislamkan anak isterinya dan Nabi Muhammad tidak dapat mengilsamkan bapa saudaranya Abi Talib. Namun usaha ke arah itulah yang menjadi tugas kita sebagai khalifah. Usaha ke atas mencetuskan hidayah itu.

Mencetus hidayah boleh saja dilakukan dengan perbuatan, percakapan dan doa. Boleh saja dilakukan samada dengan jiran, dengan kawan atau kelompok masyarakat. Dakwah tak semestinya kepada yang belum Islam malah yang dah Islam pun kekadang perlukan hidayah. Hidayah untuk dia berubah dari melakukan perkara lagha kepada perkara berfaedah. Berhenti merokok, contohnya. Atau menasihatinya supaya melaksanakan sembahyang.

Errrr.... Agaknya, rancangan aku untuk fokus kepada memperbetulkan sikap Akhmal bilamana berhenti kerja nanti juga satu dakwah?

Ehemm... Boleh cakap ajelah ya sedangkan aku belum lagi berhenti kerja ni. Masih ada 1 minggu lagi. Jangan jadi macam kawan sekerja aku dah la. Khamis lepas aku talipon dia yang tinggal di Kulim;

"Apa khabar? Buat apa la ni?"

"Buat apa lagi. Tengah kira hujan turun ni..." jawapnya. Kebetulah hari itu hujan sepanjang hari.

Hmmm... Dalam maksudnya tu!

5 ulasan:

smbotak berkata...

kalau cuaca panas, mungkin boleh dijawab "tengah tunggu hujan turun". hehehe...

seminggu lagi, semoga semuanya baik2...

sud@is berkata...

Semoga kita sentiasa mendapat hidayah dan rahmat dariNYA

Ibu n Abah berkata...

Semuga ALLAH berikan peluang buat IM utk melaksanakan apa yg dicita2kan.
In syaa ALLAH
Setiap niat yg baik, ALLAH permudahkan..
Selamat bersara.

Kausar Amin berkata...

Betul tu biarlah dakwah bermula dari keluarga terdekat. Moga dipermudahkan urusan awak...dan diberkatiNya. Amin

JR berkata...

Itulah susahnya masyarakat Malaysia, bila kita cuba berdakwah mereka akan kata 'betulkan kain hang yang koyak tu dulu'. Kalau nak betulkan sedikit kain kita yang koyak sampai bila-bila tak dapat bergerak dan akhirnya kita dilanggar orang...