Halaman

Sabtu, 16 Ogos 2014

Tabrakan

Lepas Jumaat, baru aku perasan ada miscall dari Angah. Vivanya tabrakan di Jalan Permatang Pauh. Kat lampu merah, katanya. Orang depan berhenti, dia terpaksa brek mengejut kemudian Hilux dari belakang tak sempat membrek lalu.....

"Ayah boleh balik ke? Angah ada kat Perodua ni. Terpaksa tinggal kereta. Nak kena buat laporan polis dan pi JPJ untuk dapatkan salinan lesen yang lama."

Aku terpaksa beritahu Angah yang aku tak boleh nak balik dengan mengambil cuti separuh hari sebab aku dalam proses berhenti kerja. Lagipun, aku carpool dengan JH. Akan jadi susah untuk balik tengahari.

Viva dia sebelum ini pun pernah dah kemalangan. Aku yang bawa masa tu kat Jambatan Pulau Pinang. Masa tengah Q,aku asyik melayan sms. Dalam sekelip mata rasanya aku melihat skrin talipon untuk menaip tiba-tiba terlanggar kereta Honda di depan. Bumper Honda itu kemek sikit di sisi sebaliknya kereta Viva Angah agak teruk kat bumper dan bonet. Kena dalam RM300 juga memperbaikinya.

Nasib baik juga ada Kancil aku yang akan mati roadtaxnya bulan depan. Selekeh Kancil itu, saat-saat begini ada juga gunanya.

"Angah rasa kita tak usah jualnlah Kancil tu, Ayah. Kita pakailah selagi boleh," beritahunya tadi. Iyalah tu... Dia tak tahu yang roadtax kancil tu akan mati bulan depan. Duit sapa yang akan keluar nanti....?

Tadi sebenarnya aku bawa ibu_suri dan Akhmal makan di MIA Ikan bakar, Permatang Pauh. Saja layan kerenah Akhmal yang selalunya susah sangat nak ikut makan bersama kami walau diajak beberapa kali. Terbang juga duit aku dalam RM40 saat-saat hujung bulan ini. 

pautan

Ntah apa kenanya, sejak dia balik dari ADK tempohari, bak kata ibu_suri;

"... asyik tidur, makan, tidur.... makan, tidur...."

Sesekali dalam hatiku berkata,.... itu lebih baik dari dia merapu dengan kawan-kawannya yang kemudiannya ntah aktiviti negatif apa yang dibuatnya pula!

1 ulasan:

JR berkata...

Susah nak cari driver sempurna dalam dunia yg tak pernah accident. Saya yg digelar isteri 'driver yg paling cermat di Malaysia' ini pun sejak memegang lesen lebih 20 tahun lepas dah 4 kali accident. Peraturan alam untuk ilmu memandu mudah saja: kita tak langgar orang, orang yang langgar kita...