Isnin, 4 Ogos 2014

Rosa T

Along baru saja balik semula ke Puchong Aku hantar ke Stesyen Keretapi Bukit Mertajam di Permatang Rawa tadi. 

Sebelum balik, dia sempat berpesan pada ibunya supaya jangan lupa menggunakan krim Rosa T pada 'jerawat' di muka yang nampaknya agak lain dari biasa. Aku tak kisah pun selama hari ini. Pada aku, biasalah jerawat..

"Tapi Along rasa ni jerawat lain macam je, ayah." ujar Along bilamana aku jawap, nanti aku rujuk kat doktor bila sampai masa ibu_suri kena pergi untuk rawatan susulan hipertensinya di Klinik Kubang Semang. 

Pun jauh dalam hati terasa sejuk. Rupanya, ada juga keprihatinan dari anak aku yang seorang ini akan perihal kesihatan ibunya.

Memang kita sebenarnya perlu pada sesaorang lain yang ambil berat tentang kita. Kita kekadang tidak perasan sesuatu yang tidak normal berlaku ke atas diri kita. Kita ingatkan itu perkara biasa sehinggalah ada orang memberitahu kita dan lagi hebatnya ialah dia cuba membantu kita dengan berbuat sesuatu.

Manalah aku tahu pasal Rosa T. 


"Ayah, agaknya pencuci muka Safi Rania Gold yang ibu pakai tu tak sesuai dengan kulit muka ibu. Ayah suruh ibu jangan guna la..."

"Aiii.... dah bertahun-tahun ibu guna pencuci muka tu. Takkan la ni tiba-tiba tak ok pulak!" ujarku sambil membelek tiub Rosa T, kut kut ianya produk dari Israel. Tak jumpa apa-apa.

Kesian juga kat ibu_suri. bila ditanya tadi, rupanya 'jerawat' iu menyakitkan.

Silap aku kerana selama ini tak pernah ambil tahu!

2 ulasan:

JR berkata...

Betul kata Along itu, kadang-kadang ada benda kecil kita tidak tahu membawa risiko besar. Pergilah minta pandangan doktor, semoga ia cuma jerawat biasa....

sud@is berkata...

Kadang keperihatinan yang kita rasa sedikit itu yang bleh menyentuh hati, terharu dan setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri...