Halaman

Ahad, 7 September 2014

Gotong Royong


Masjid Taman Guar Perahu

Sepada juga gotong royong kat masjid tadi pagi.  Gotong royong membuat palong untuk sembelihan qurban.

Mulanya buat parit. Lepas tu tolong bawa simen dengan kereta sorong ke tapak sembelih. Lepas tu, bila hari makin tinggi, masing-masing dah mula bersandar di kerusi sambil minum dan makan. Aku kasihan melihat 2-3 orang saja yang membancuh simen. Aku pun tolong sama. Fuhhh... sakit pinggang le kome...

Tangan melecet usah kata. Maklum la... bertahun-tahun kerja cuma pegang pen, probe dan keyboard. Pagi ini baru la terasa halal punya bantingan tulang empat kerat.

Tapi memang puas walaupun ganjarannya insyaAllah, harap-harap Allah bayar di akhirat nanti. Terasa rugi kerana aku tidak pun perbuat ini semua dari dulu. Dari aku muda-muda dulu...

Terasa beruntung sebab pengalaman dan pengetahuan semasa aktif dalam NGO dan usrah mengajar aku supaya membuat kerja hingga siap tanpa banyak berkira.

Malam sat lagi mesti tidur lena ni....

5 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

masjid tu tak jauh dari rumah bapa sedara suami saya...entah2 IM kenal..polis pencen..

sud@is berkata...

Bestnya gotong royong,, ingat kat sekolah dulu-dulu, kutip sampah kerja budak-budak..tapi seronok...
Kat masjid lagi la seronok kan....

JR berkata...

Budaya gotong royong dah semakin terhakis. Ramai pihak lebih suka pakai upah saja sebab susah nak dapatkan kesepakatan...

mokjadeandell berkata...

Sini pun ada gotong royong.Lepas habis kucai pulut kacau pula.Dapatlah sorang satu tupperware.

Nor Azimah berkata...

wah, lepas pencen ni IM makin rajin update blog yea