Ahad, 7 September 2014

Belanjawan



Ramai kawan-kawan  menasihati supaya jangan lama sangat 'makan angin' sebaliknya cari apa-apa kerja selepas 3-4 hari bersara, Mulanya aku pun ingat macam tu.

Tetapi masuk hari ini dah 2 minggu aku rileks di rumah. Tak terasa pula boring malah siang terasa cepat bertukar malam. Ada saja kerja yang aku buat dan masih banyak yang belum siap. Disamping itu, senarai panjang belanjawan masih belum selesai. Aku terpaksa buat sikit-sikit sebab kekangan tertentu.

Apatah lagi bila semalam di TH, aku dapat tahu musim umrah bermula Disember nanti. Mungkinkah kalau gitu, aku akan hanya memikirkan pasal kerja pada tahun depan?

Sebenarnya... jika cermat mengurus belanjawan, insyaAllah, aku masih boleh hidup dengan pampasan yang ada untuk setahun lagi tanpa kerja.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setahun? banyak jugak tu. tapi betul jugak, sebanyak mana pun kalau tak berjimat, duit sejuta pun sekelip mata boleh habis.

saya pun dah daftar (dan buka akaun) tabung haji awal tahun hari tu, tapi sampai sekarang tak `top up' lagi. hehehee...

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik tiada apa2 rancangan untuk bekerja semula. Suami suruh jadi surirumah je... :)

Bunda_nora berkata...

Alhamdulillah...pengurusan kewangan yang bijak...pasti tak merugikan...malah tersusun rapi..

mokja berkata...

makcik balik kerja lepas 2 tahun bersara.Bukan nak kata...bila umur meningkat tak terkejar nak buat semua perkara.Dan paling bodoh bila kita bersara jadi ketua,kerja balik jadi follower mcm serba tak kena...baik dok rumah saja jadi surirumah sepenuh masa.Baru kena gaya..Bab duit kena berkira.kalau tidak asyik tadah tangan minta tolong sini sana.

faizah berkata...

InsyaAllah.. kena yakin rezeki unt kita.. Tentu ada yang lagi teruk, pencen tak de, pampasan tak de... harap simpanan je...

insan marhaen berkata...

sm botak,
IM harap simpanan yang IM ada ini IM dapat kawal sebaiknya. Tak mahulah nanti IM jatuh susah, lebih susah dari masa bekerja dulu.

kakcik nur,
perempuan itulah untungnya. boleh pencen terus terusan. lelaki lain sikit. kena cari sedikit income baru.

bunda,
doakan muga IM konsisten dalam mengurus wang mengikut perancangan.

mokjadeandell,
yelah... IM ingat pun macam tu. kena berkira sikit bab duit sebab kita cuma ada yang itulah sebagai bekalan.

faizah,
ye... dalam hal ini memang IM rasa beruntung sesangat..

JR berkata...

Itulah yg untungnya pencen kerajaan, tak payah pening2 kepala kerana setiap bulan mesti masyuk...