Halaman

Sabtu, 6 September 2014

Menu


Tengahari ni, aku tumis sayur air saja antara menu makan tengahari. Anak sedara aku yang bekerja di gerai jual barang basah tepi jalan depan astaka kerap bagi aku sayuran lebihan jualan. Alhamdulillah, takat nak makan sayur hijau.... no problem.

Lagi satu, dia kerap bagi buah naga. Pada ibu_suri, buah ini pelik. Aku beritahu bahawa buah ini banyak  khasiatnya. Baik untuk mata, buah pinggang dan kawal kolestrol. Kata orang, buah naga warna unggu lebih baik dari warna putih. Tak pernah lagilah terjumpa yang warna putih tu!

Untuk lauk dan kuah gulai, aku ingat nak beli saja kat kedai makan di astaka. Sekrang pun dah dekat 11 setengah. Cepat pergi cepat balik. Boleh siap-siap untuk Zohor di masjid pula. Pagi tadi miss la pulak....

5 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

buah naga tu mahal sikit harganya...tp sedap..2 biji sekali makan saya habiskan hehe...suka sbb ianya tak manis spt buah2an lain..

smbotak berkata...

jus buah naga pun boleh tahan sedap...

Nor Azimah berkata...

kalau yang putih rasanya lebih masam, yang merah tu sedap, kulitnya saya suka sapu kat pipi, sejuk je,pastu anak-anak tanya kenapa muka ibu, saya jawab nak bagi cantikkk, ha ha

insan marhaen berkata...

Kamsiah,
Tapi IM rasa geli sebab lembik je buah tu. Mungkin kalau dah biasa, takde mende...

smbotak,
IM belum pernah jumpa apatah lagi tru jus buah naga.

Nor Azimah,
Kalau sapu kat kulit muka ibu_suri, pedihlah jawapnya sebab banyak jerawat...

faizah berkata...

Terang sgt kaler buah naga tu... mula2 nak makan, rasa suspeng...