Patutlah beberapa kali aku menalipon Niza, tak angkat. Rupanya dia semakin sakit dan kini diwadkan di Hospital Tuanku Bainun. Adikku yang ke 5 dalam ranking keluarga kami ini menghidap kanser usus. Menurut doktor dah berada di tahap 3.
Aku menalipon dia sebab nak langsaikan baki hutangku kepadanya dulu. Tau-tau bila talipon tak berjawap kemudian aku susuli dengan sms, suami dia yang jawap. Terpempan juga aku seketika.
Perasaan kesal menyerbu benak. Sepatutnya hutang Nizalah yang mesti aku dahulukan penyelesaiannya, fikirku. Aduhhh... Kenapalah tak terfikir begitu. Apa yang akan terjadi pada aku jika ditakdirkan dia pergi dulu sebelum sempat aku melunaskan hutangku padanya? Uhh....
Haniza, satu-satunya adikku yang aktif dengan kerja kemasyarakatan di kampung persis mak kami dulu. Dia bekerja dengan KEMAS.
Muga Allah ringankan sakitnya dan berikan yang terbaik untuk dia. Dan yang paling aku harapkan ialah... dia mengetahui hutangku telah dilangsaikan dan dia redha ke atas itu... aamiin....
6 ulasan:
Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya buat Niza dan mengembalikan kesihatannya... Aaminnn
Niza sedang diuji. Syukur juga hutang IM pun dah dilunaskan dan kakak percaya biasa kalau adik-beradik ni tak disebut hutang tetapi sekadar hadiah. Cuma yg dpt duit tu yg kata hutang. Kakak percaya Niza pun dah halalkan pun..
Moga Niza tabah dan cepat sembuh.
Kita tak tau siapa akan mendahului siapa kerana usia adalah rahsia Allah. Semoga Niza tabah menghadapi ujian Allah...
Semoga adik IM cepat sembuh dan diberi kemudahan dalam rawatan beserta doa dari ahli keluarga....
Mudahan Allah perkenankan..
Dia diuji sebegitu..IM pulak dgn ujian tersendiri...segalanya telah diaturkan...
Semoga adik IM cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya...
Catat Ulasan