Isnin, 8 September 2014

Selagi Boleh Makan



Baru balik dari ziarah mertua di Taman Buah Pala. Bukan main lagi abah beriya suruh aku beli kan martabak, capati serta kari ikan bawal.

"Kamu jangan bawak keluar duit. Nah, ambil duit aku ni. 10 ringgit habuan isi minyak."

Semenjak aku bersara ni abah seperti teramat simpati hingga tidak mahu aku keluar barang sesen pun beli makan. Abah memang tak berkira sangat pasal makan. Bagi dia, selagi boleh makan.... makan. Nanti kalau dah tak boleh makan, duit setinggi orang pun tak ada gunanya, kata abah.

Aku isi juga minyak kereta walaupun ibu_suri beriya-iya kata jangan ambil duit abah. Bagi aku lebih baik ikut cakap abah untuk ambil hati dia. Sebelum ini aku dah kerap sangat taici.

Macam selalu, aku beli kari ikan kat Restoran Deen di Jelutong walaupun terpaksa beratur panjang. Tak lupa beli mi goreng di lorong pasar tak jauh dari situ. Kira, sep la duit aku untuk makan malam sebab abah belanja...hik!

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sesekali bang IM kena buat review pasal makanan ni. macam banyak je tempat makanan menarik kat sana. siap kena beratur panjang tu. kami yang sesekali datang dari jauh ni kalau ada rezeki nak jugak cuba. yang penting, sedap dan berpatutan.

mokja berkata...

setuju dgn smbotak.Kdg kdg dok melilau cari tempat nak makan.

faizah berkata...

setuju.. :)

hrusli61 berkata...

alhamdulillah Im dapat menjalani hidup yang padat lagi bermanfaat. Semoga dapat menenangkan jiwa IM dan diberkati.

makchaq berkata...

Makchaq bila balik penang mesti nak makan nasik kandaq kg melayu.. dulu suka sangat hamideyah.. tapi la ni hamideeyah dah x sedap dah..

JR berkata...

Kalau bab makan di Penang, saya terpaksa malu mengaku saya anak jati Penang kerana tak tau di mana tempat makanan sedap. Maklumlah dah lebih 30 tahun tak rapat dengan Penang selepas tinggal berkelana di banyak negeri di Semenanjung Malaysia...

Kamsiah yusoff berkata...

serba salah bila org tua hulurkan duit...nak amik...malu..tak nak amik...poket sendiri kering hehe..

saya dah update mengenai pertanyaan IM tu..pasal sos cahr kueteow tu..

insan marhaen berkata...

smbotak,
kalau friend dengan fb IM, bolehlah IM share banyak tempat makan dalam Penang ni yang IM sendiri pun tak pernah pi rasa.

mokjandeandell,
IM ni kalau bab makan tak lah sampai melilau. Mana yang dekat je IM pi...

faizah,
Penang ni terkenal dengan jolokan nama syurga makanan.

hrusli61,
terima kasih JH. Baru IM tahu kenapa masjid hanya dipenuhi dengan golongan pesara macam IM. Masa muda terlalu banyak masa dihabiskan dengan kerja...

makchaq,
hameediayah kat tanjung tulah tempat IM dating dengan ibu_suri dulu. makanan yang diorder, depa bawak naik guna bakul bertali..he..he..

JR,
IM pun bukan reti sangattenpat tempat best makan kat penang ni. pada IM macam nasi kandaq, kat mana-mana pun sama je rasanya...

kamsiah,
IM pun macam tu gak... macam Ramli minta duit dengan kak Normah...