Alhamdulillah, selesai qurban pagi tadi. Ala... tolong gitu-gitu je. Takat potong-potong sikit-sikit. Nak sembelih, nak lapah bukan standard aku la... Tu kena serah kepada yang pakar.
Tapi pisau yang aku bawa ni rupanya lut takat potong daging beli dari pasar je. Tak sampai satu talam daging, dah mula kerat tak putus. Naik lenguh tangan aku ni. Patut tu la aku tengok depa yang lain kebanyakannya bawak pisau ala golok. Takpa, nanti senang-senang bila balik kampung, aku singgah kat Kuala Kangsar. Kedai kat tepi Sungai Perak tu aku perasan ada banyak jual parang, golok dan pisau.
Sebagai salah seorang yang menyertai panggu korban, aku diberi 2.5 kilo daging dan sebungkus tulang. Balik, aku suruh Along masakkan sup tulang. Tapi daging? Sapa yang nak masakkan nanti sebab Along balik ke Kepong semula malam nanti? Satu lagi, kalau dah dimasakkan pun, bimbang juga nak bagi ibu_suri makan. Kata orang, daging baru bahaya untuk orang yang ada hipertensi.
Apapun, malam ni aku nak tidur awal. Letih. Nak bangun awal esok untuk pergi riadah macam selalu. Dah 2 hari aku cuti dari riadah. 2 hari ni asyik makan lemang dengan rendang yang aku masak hari tu. Kena bakar balik semua ni...
6 ulasan:
Assalammualaikum...dr penang...cantiknya header...tulisan pun bagus...kita follow ye...
daging boleh direbus cicah air asam..atau bakar..atau bmasak singgang..atau sup..utk mengurangkan kadar kolestrol berbanding masakan bersantan..yg tak sesuai utk ibu suri..
satu petua, rebus dulu untuk buang darah yang masih ada dalam daging, air rebusan jangan digunakan, buang je, darah tu bisa, tak elok utk badan, tapi daging baru, in shaa Allah tak jadi tawar pun isinya, tetap manis. Pastu bolehla buat masak apa saja.
hehehe, abang IM tak asah dulu kot pisau tu sebelum keluar rumah...
Beli pisau seremik..insyallah tajam
inni,
IM dah follow blog awak dan link ke bloglist IM juga...
kamsiah,
tapi ibu_suri ni susah nak kontrol nafsu makan dia...
nor azimah,
tengkiu sharing pasal air rebusan daging jangan guna kali kedua. good info.
smbotak,
asah dah banyak kali masa gotong royong tapi agaknya pisau ni low class la..
tanpa nama,
first time dengar pisau seramik. maca mana rupa dia?
Catat Ulasan