Beberapa hari ini menyaksikan bagaimana media eletronik menjaja harapan rakyat marhaen terhadap Bajet 2015. Disusuli temubual dengan pakar-pakar ekonomi negara yang ada antaranya terlebih kipas hingga meloyakan tekak.
Bijak mereka ini, kan? Kurangkan subsidi minyak untuk kononnya mengurangkan beban negara. Kemudian, dalam bajet nanti diumumkan pelbagai bantuan dan isentif untuk meringankan beban rakyat terhadap kos sara hidup yang semakin meningkat.
Esok, media eletronik akan jaja pula respon rakyat dari Bajet 2015 yang telah diumumkan. Sekali lagi, pakar-pakar ekonomi akan diambil pandangan.
Kekadang terasa seperti kita runtuhkan sesuatu bangunan. Kemudian. kita bangunkan semula bangunan yang sama di tapak yang sama.
8 ulasan:
...dan juga menggunakan serpihan batu-bata dari bangunan yang sama. pusing kot mana pun, dok lagu tu jugak. kita ni jugak yang dipaksa menelan rasa payau.
malas tengok, pi mai tang tu jugak..
pastu terfikir masa bila dorang ni solat asar...?
hehe...yelah, start pun dah nak asar. sy pun tak tgk.
Etuza sekadar mengikuti perkembangan..bergolek luka tak golek pun akan luka juga.
Dah agak dah, pi mai pi mai benda tu juga - potong sana potong sini, tambah sana tambah sini. Kalau nak tengok bajet yang radikal kena ubah mereka yang terlibat dalam pembuatan bajet tu...
itulah taktik dan teknik utk ambil hati rakyat..tapi masih yg x sedar..
Biarlah bajet macammana pn tapi yg kami tahu kami harus terus bekerja keras.
hidup kami tetap sama...nilai duit yg dpt makin hari makin `susut'...terpaksa kerja kuat, sebelum bajet ka selepas bajet ka sama saja..tak dak projek juta2 duk tunggu...kdg2 mengalir airmata...habis jimat dah...habis `pedo' dah....
Catat Ulasan